Sunday, November 2, 2008

Anak paus mati tercekik sampah

Ikan paus malang kembali terdampar setelah cuba diselamatkan kakitangan Jabatan Perikanan, nelayan dan pihak bomba

PENEMUAN seekor anak ikan paus betina spesies Bryde's Whale yang terdampar di beting pasir Kuala Nenasi, Pekan, baru-baru ini menggemparkan semua pihak kerana mamalia berkenaan dianggap asing di negara ini.

Mamalia berwarna hitam dengan ukuran kira-kira 10 meter panjang dan berat lebih tiga tan metrik itu, dipercayai tersesat sebelum ditemui seorang nelayan. Ikan paus berkenaan mengalami kecederaan pada bahagian muncung dan badan dipercayai tersesat daripada kumpulan antara dua hingga tiga ekor.

Nelayan, Saman Muhamad, 42, yang menemui ikan paus berkenaan berkata, dia terkejut melihat satu objek besar terdampar pada beting pasir kira-kira 7.30 pagi ketika hendak turun ke laut. "Saya sangkakan kayu balak berwarna hitam yang hanyut, tetapi sebaik mendekatinya, saya dapati ikan paus itu masih bernyawa.

"Ketika ditemui, paras air sungai hanya setakat sirip ikan berkenaan tetapi disebabkan saiznya yang besar, ikan itu tidak mampu bergerak ke laut," katanya.

Katanya, ketika ditemui ikan paus itu masih kuat apabila sentiasa cuba berenang dan bergerak menggunakan ekornya, tetapi disebabkan air cetek di kawasan berkenaan, mamalia itu tidak mampu bergerak.

Saman berkata, dia bersama lebih 15 nelayan dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Pekan dan kakitangan Jabatan Perikanan Daerah berjaya menolak ikan paus berkenaan ke laut pada kira-kira jam 11 malam. Bagaimanapun, mamalia berkenaan sekali lagi ditemui terdampar di atas pasir di Kuala Nenasi dan mati ketika operasi menyelamat dilakukan.

Pegawai Penyelidik Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) di Rantau Abang, Terengganu, Mohd Lazim Mohd Saif pula berkata, siasatan awal punca kematian mendapati saluran usus ikan paus berkenaan tersumbat.


Katanya, plastik sampah, segumpal tali nylon dan penutup botol ditemui dalam usus mamalia berkenaan yang dipercayai menyumbat saluran ususnya.

"Ikan paus itu mengalami masalah kesihatan agak serius menyebabkan ia lemah dan tidak dapat berenang ke laut walaupun selepas operasi menyelamat dilakukan.

"Ia kembali semula ke Kuala Nenasi selepas dibawa arus deras air pasang sebelum ditemui terdampar di pantai," katanya. Beliau berkata, ikan paus itu tidak dapat membezakan antara hidupan laut dengan plastik sehingga menyebabkannya memakan bahan buangan itu.

Selain ikan paus, kes hidupan laut makan plastik yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab turut dilaporkan berlaku kepada haiwan laut lain seperti penyu dan dugong. Mohd Lazim berkata, kecederaan pada bahagian muncung ikan paus berkenaan dipercayai terlanggar batu karang terutama selepas terpisah daripada kumpulannya akibat tersesat.

Katanya, dia bersama empat pegawai Makmal Veterinar Kuantan melakukan pembedahan selain mengambil contoh beberapa bahagian ikan paus berkenaan untuk tujuan analisis.

Mamalia berkenaan ditanam di kawasan pantai Kuala Nenasi dengan diawasi polis Nenasi dan penduduk setempat bagi mengelak berlakunya kecurian. Katanya, selepas dua bulan ditanam, Tumec akan mengambil rangka ikan paus berkenaan untuk kajian selain untuk pameran.


Angkara manusia

Usaha menyelamat Ikan paus yang ditemui terdampar di beting pasir di Kampung Kuala Nenasi, Pekan dilakukan oleh penduduk gagal, apabila ikan tersebut mati akibat terdapatnya plastik, tali dan pelbagai bahan buangan di dalam perut ikan paus tersebut setelah dibedah siasat.
Habitat laut kian terancam Persepsi tidak tepat terhadap laut menyebabkan ia menjadi tempat semua longgokan sampah dan sisa lain termasuk pembuangan minyak

MASALAH pembuangan sampah ke dalam laut sama ada akibat aktiviti yang dijalankan di kawasan marin atau di darat jika tidak ditangani segera boleh menjadi semakin serius dan berkemungkinan membawa kerosakan kepada sistem ekosistem batu karang dan laut di negara ini.
Jabatan Taman Laut, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menjangkakan lebih banyak spesies akan mati jika isu pencemaran dan pembuangan sisa pepejal dalam laut tidak diatasi dengan segera.
Ketika ini, Malaysia mempunyai 42 peratus daripada 2,300 terumbu karang yang sihat dan 56 peratus lagi dalam kategori sederhana sihat.
Namun, kini, 20 peratus daripada 42 peratus terumbu karang yang sihat itu dicemari oleh pelbagai pencemaran seperti minyak dan sisa pepejal (pukat hanyut dan puntung rokok) yang dibuang di darat dan laut.
Jabatan itu menegaskan apabila terumbu karang mati maka ekosistem di sekelilingnya juga terancam dan berkemungkinan akan menghasilkan hasil laut yang tidak bermutu atau wujud kepupusan bagi sesetengah spesies.
Pensyarah Jabatan Pengurusan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Zelina Zaiton Ibrahim, berkata kesedaran awam mengenai pembuangan sisa pepejal di laut masih rendah walaupun kebanyakan faham kepentingan menjaga alam sekitar.
Ini berlaku kerana ramai yang tidak nampak kepentingan laut kepada manusia, lebih-lebih lagi laut itu dilihat luas dan jauh daripada pandangan mereka. “Kebanyakan masyarakat menganggap laut luas dan jauh daripada kehidupan harian, maka laut itu boleh menjadi tempat pembuangan sampah yang paling sesuai.
Tanggapan ini perlu diubah, jika tidak, dikhuatiri pada masa depan kawasan tadahan air akan tercemar,” katanya.
Persepsi tidak tepat terhadap laut juga menyebabkan ia menjadi tempat semua longgokan sampah dan sisa lain termasuk pembuangan minyak. Dalam kes hidupan laut mati akibat pencemaran air memang banyak dilaporkan, namun dalam kes paus tersesat dan terdampar di perairan negara ini di Kampung Kuala Nenasi, Pekan baru-baru ini, jarang berlaku.
Dilaporkan ikan itu mati kerana tercekik plastik dan tali nilon tetapi ada kemungkinan ikan berkenaan sebenarnya memang sakit akibat kualiti air yang rendah berbeza dengan habitat sebenarnya. Dr Zelina Zaiton juga menyatakan saintis percaya apabila paus sesat atau dijumpai terdampar di perairan yang bukan habitatnya menunjukkan kualiti air rendah dan pergerakan arus sudah berubah.
“Ikan paus biasanya tinggal di kawasan laut dalam dan dalam kes ini, kemungkinan ia sesat apabila arus air berubah akibat perubahan iklim dunia,” katanya. Pensyarah Pengurusan Strategik Zon Pantai dan Maritim, Jabatan Pengurusan Alam Sekitar UPM, Laksamana Pertama (B) Prof Madya Dr Sutarji Kasmin, berkata sisa buangan enap cemar juga berisiko tinggi menyebabkan pencemaran kepada hidupan laut.
Kebiasaannya, sisa buangan enap cemar seperti minyak hitam dibuang oleh kapal dagang.
Kawasan yang sering menerima akibat ini adalah laluan kapal dagang dan pelabuhan. Di negara ini, laluan yang sering menjadi tempat pembuangan enap cemar adalah Selat Melaka kerana ia adalah laluan paling sibuk di dunia. Mengikut maklumat Pusat Penyelaras Penguat Kuasa Maritim Kebangsaan, Bahagian Keselamatan Negara (BKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM), sebanyak 144 kes pencemaran minyak laut dikenal pasti.
Daripada jumlah itu, 108 kes membabitkan pembuangan enap cemar dan 32 kapal didakwa di mahkamah tetapi hanya 14 saja didapati bersalah. Difahamkan 15 pelabuhan yang ada di Malaysia menyediakan perkhidmatan kepada kapal dagangan membuang sisa minyak seperti minyak hitam, namun kos pembersihan yang dikenakan terlalu mahal yang memaksa kapal mengambil tindakan membuang sisa berkenaan di dalam laut secara haram.
Mengikut laporan Badan Penyelaras Laut Asia Timur (Cobsea), mendapati ada dua penyebab utama pembuangan sampah di laut di negara ini iaitu sisa buangan daripada kapal dan aktiviti di darat. Pembuangan sampah daripada kapal ini berlaku akibat aktiviti yang dilakukan di laut.
Selain kapal dagang dan bot menangkap ikan, pelabuhan dan loji minyak turut menyumbang kepada pencemaran dan pembuangan sisa pepejal dan cecair ke laut.
Sisa buangan daripada jeti minyak dan gas serta bahan buangan daripada kapal nelayan, bot rekreasi dan kegiatan memancing turut menyumbang kepada pembuangan sampah ke laut. Setakat ini, Malaysia mempunyai 15 pelabuhan yang menyediakan kemudahan pembuangan sampah sarap daripada kapal yang mana sampah itu diuruskan oleh kontraktor yang dilantik mengendalikannya.
Aktiviti di daratan turut menyebabkan pencemaran laut terutama kawasan persisiran pantai atau pulau seperti Pulau Pinang dan Langkawi. Sampah sarap daripada daratan dibawa ke laut melalui sungai dan terusan yang turut memberi kesan kemusnahan kepada pantai. Kegiatan pelancongan dan rekreasi di sepanjang pantai peranginan menjadi antara penyumbang pembuangan sampah.
Begitu juga pengurusan sampah di daratan yang tidak teratur turut menyebabkan ia mencemari laut. Pembuangan sampah biasanya datang daripada kawasan perumahan, rekreasi, kemudahan awam, pusat komersial, kawasan industri, tempat pembuangan sampah dan aktiviti pertanian.
Maka, perlu ada amalan yang baik untuk pengurusan sampah dan cara pengendaliannya (pengumpulan, penghantaran, pengangkutan dan pengalihan, penghapusan dan penembusan sampah). Pada masa ini, mengikut laporan itu, pengurusan sampah di Malaysia dijalankan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Kini Malaysia menyediakan Pelan Strategi Kebangsaan Pengurusan Sisa Pepejal yang mensasarkan mengurangkan sumber dan mencegah pembuangan sisa pepejal; mempelbagaikan lagi sistem pengurusan sampah menerusi kaedah kitar semula dan penggunaan semula, penukaran teknologi dan pengenalan kemudahan pembuangan sampah seperti insinerator dan sampah sebagai sumber tenaga baru.
Di Malaysia, kerja pembersihan sampah di pantai dilakukan kumpulan badan bukan kerajaan (NGO), PBT, pertubuhan berkaitan marin dan pusat peranginan pantai termasuk hotel.
Cobsea mencadangkan Malaysia meningkatkan lagi aktiviti pembersihan pantai dan meningkatkan lagi kesedaran awam kepentingan menjaga alam sekitar selain mengurus dengan baik pembuangan sisa ke laut. Ketiadaan data lengkap mengenai tahap kebersihan dan pencemaran menyukarkan usaha mengatasi masalah pembuangan sampah di Malaysia.
Namun, secara keseluruhannya warga Malaysia sudah ada kesedaran mengenai masalah pembuangan sampah melalui siri kempen pembersihan pantai dan program kesedaran yang dilakukan berterusan.

Tuesday, September 16, 2008

Ozone hole 'larger in 2008 than previous year'

GENEVA (AFP) - - The ozone hole is larger in 2008 than the previous year but is not expected to reach the size seen two years ago, the World Meteorological Organisation said Tuesday.

"In 2008, the ozone hole appeared relatively late. However, during the last couple of weeks it has grown rapidly and has now passed the maximum size attained in 2007," the WMO said in a statement.

The hole in the layer over the Antarctic was discovered in the 1980s. It regularly tends to form in August, reaching its maximum size late September or early October before it fills again in mid-December.

The size it reaches is dependent on weather conditions.

Experts warned that such is the damage to the ozone layer, which shields the Earth from harmful ultra-violet rays, it will only attain full recovery in 2075.

"It would take decades for the hole to disappear and for it to return to the situation before 1980.

We are looking at 2075," Geir Braathen, who is the World Meteorological Organisation's expert on the subject told AFP.

On September 13, the hole covered an area of 27 million square kilometers, while in 2007, the maximum reached was 25 million square kilometers, said the WMO.

"Since the ozone hole is still growing, it is too early to determine how large this year's ozone hole will be," it added.

Ozone provides a natural protective filter against harmful ultra-violet rays from the sun, which can cause sunburn, cataracts and skin cancer and damage vegetation.

Its depletion is caused by extreme cold temperatures at high altitude and a particular type of pollution, from chemicals often used in refrigeration, some plastic foams, or aerosol sprays, which have accumulated in the atmosphere.

Most of these chemicals, chlorofluorocarbons (CFCs), are being phased out under the 1987 Montreal Protocol, but they linger in the atmosphere for many years.

16/09/2008

Wednesday, August 6, 2008

Hundreds of Borneo aborigines forced from their homes

KUALA LUMPUR: The authorities have forcibly evicted hundreds of families from villages in the Bintulu district of Sarawak in Borneo in the past year, claims Sahabat Alam Malaysia.

Sahabat Alam Malaysia council member Mohideen Abdul Kader said the Forest Department and Land and Survey Department had issued licences to convert the land and forests in the area to plantations without obtaining the consent of the communities who have native customary rights (NCR).

Glyn Ingang, 32, from Kampung Mejau in Tatau, said they were only offered compensation of RM250 per hectare and had not agreed to give up their land.

“There are 80 families in my village, and the concessionaires or the contractors just come in like that to demolish our longhouses and evict us.

“My ancestors have been staying here for hundreds of years, long before Malaysia was even formed,” he said.

Bagong Swee, 49, from Kampung Sebungan in Sebauk, said the rubber trees which were cultivated by the locals were chopped down by workers, leaving them with no source of income.

“They even polluted our river, and we can’t even use it to bathe as our skin will get itchy. Now, we only drink rain water,” he said, adding that more than 250 families were affected.

Bagong said the concessionaires had started an oil palm plantation on the land, and he said the villagers might have to resort to ‘harvesting’ their oil palm and selling them to survive.

Marai Sengok, 27, from Kampung Binyo, said besides tearing down their longhouses and food storage huts, the workers had also destroyed their crops with pesticides.

“We can only stand and watch as they tear down our homes, as they are always accompanied by armed policemen,” he said.

At a press conference here on Wednesday, Mohideen called for a Commission of Inquiry to be set up to probe into the logging and plantation industry in Sarawak.

“Sarawak must accord full recognition on the NCR - both on cultivated and forest areas. The enroachment of NCR land must be put to a stop,” he said.

He said it was disturbing that Sarawak Forest Department itself is the project proponent for one of the projects, involving 490,000ha of land.

He claimed the department had licensed out 2.8mil ha of largely forest land for 40 plantation concessions, mainly for oil palm and pulpwood trees, since 1997.

Wednesday August 6, 2008 MYT 8:03:12 PM The Star

Friday, July 25, 2008

Media reports help make public more aware of environment

Over the years, media coverage in the form of reports, features and documentaries have all contributed to greater public awareness of the environment and rivers in particular, said The Borneo Post’s regional chief editor M Rajah.

“Newspapers, for example, have been vital in supporting awareness programmes as well as highlighting news that are crucial and beneficial to river rehabilitation,” he said in the forward of ‘Reflections From Sarawak’s Rivers’, a coffee table book which explores the intricate links between Sarawak’s rivers and its people.

Rajah said through the media, the good and the bad were reported for the sake of posterity and for making the earth a better place to live in.

Just as good things done to the rivers are reported, so are matters deemed detrimental to the environment such as indiscriminate and uncontrolled polluting of the fragile waterways as well as other natural or man-caused damage to the ecosystem, he elaborated.

Since the late 70s, the importance of river systems had been increasingly debated and highlighted in the media, thus the people had been progressively made more aware of the importance of sustaining the purity, quality and life of our network of rivers, he said.

Despite having better land and air transportation system nowadays, Rajah said rivers would continue to be important to many particularly rural dwellers in a vast and geographically-challenged state like Sarawak.

“Rivers are still the lifeline for many people especially those living in interior parts where roads are lacking and waterways are the only means for transportation of passengers and goods,” he said.

In Sarawak, rivers became sources for generating hydroelectricity and Malaysia’s largest and tallest hydro electric project, the Bakun Hydro Electric Dam is located in the upper Batang Rajang, he said.

Besides, he said, rivers were increasingly becoming preferred destinations for tourists who enjoyed nature at its best or adventurous rides along rapids in the pristine jungle where roads don’t exist.

As such, he added that these provided all the reasons for everyone including the media to do their part in preserving and conserving rivers.

Thursday, July 17, 2008

EPI mantapkan proses lestari alam sekitar

Kerajaan wajar perkenal petunjuk berorientasi pencapaian kualiti

SELAIN hebahan media, khususnya menerusi kemunculan wartawan sensasi TV3 seperti Karam Singh Walia, mengenai pelbagai laporan seperti pembalakan haram, kualiti sungai, aktiviti yang memusnahkan ekosistem dan keadaan jerebu, agak sukar untuk kita menentukan prestasi pengurusan alam sekitar sesebuah negeri atau negara.

Hal ini tidak seperti prestasi ekonomi yang boleh difahami dengan mudah menerusi pelbagai petunjuk kuantitatif seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pasang surut bursa saham. Dalam konteks Malaysia, pelbagai jabatan ditubuhkan dan melaksanakan tugas pengawasan, pemantauan, penguatkuasaan dan kawal selia pelbagai aspek alam sekitar.

Memang inisiatif itu semakin hari semakin mantap dan menyeluruh. Hal ini disokong pelbagai inisiatif individu dan pertubuhan sukarela. Namun demikian, sering kali pencapaian alam sekitar yang dilaporkan tidak menggambarkan kualiti sebenar komitmen, pencapaian dan keberkesanan dasar yang dilaksanakan.

Sebagai contoh, Jabatan Alam Sekitar mengumumkan laporan tahunan setiap September sejak penubuhannya pada 1974. Bagaimanapun skop alam sekitar yang dikawal selia – seperti peruntukan perundangan – terbatas kepada kualiti air sungai (itu pun tidak termasuk air tasik), pinggiran pantai, kualiti udara dan sisa berbahaya. Banyak aspek alam sekitar lain seperti kemudahan pembetungan, kualiti udara dalam bangunan, kepelbagaian biologi dan habitat, keranuman hutan tropika, perubahan iklim, pelepasan gas rumah kaca, kehijauan bandar dan indeks tropik marin tidak termasuk dalam skop 'kualiti alam sekitar' dan ipertanggungjawabkan kepada agensi lain.

Kadangkala laporan tahunan jabatan lain tidak diumumkan untuk penilaian awam berhubung pencapaian pengurusan dalam sesuatu komponen alam sekitar. Ketidaksepaduan laporan 'kualiti alam sekitar' ini menjelaskan cara kita mengurus alam sekitar di Malaysia. Menyedari ketidaksepaduan itu, sejak awal pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sebuah kementerian baru diwujudkan, iaitu Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Realitinya, banyak lagi aspek alam sekitar tidak diurus secara bersepadu menerusi kementerian itu, sekurang-kurang dari segi bidang kuasa komponen utama ekosistem atau perkhidmatan berkaitan kawalan pencemaran. Misalnya pengurusan perkhidmatan pembetungan, bekalan air, pengurusan sisa pepejal dan penghijauan bandar diletakkan dalam kementerian berbeza dengan penekanan yang juga mungkin berbeza.

Sebelum penubuhan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam awal tahun ini misalnya, pengurusan sisa pepejal lebih menjurus kepada kebersihan bandar, bukan pelestarian sumber alam. Sebelum penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 2007, bekalan air dan pembetungan ditadbir urus dua kementerian berbeza.

Mungkin ada pihak berhujah bahawa komponen alam sekitar terlalu luas dan tidak efesien jika dikawal selia sebuah kementerian. Memang skop alam sekitar luas. Namun demikian, teras kepada pengurusan alam sekitar yang mantap ialah pelestarian dan hubung-jalin antara pelbagai komponen ekosistem dalam satu kerangka dan dasar induk.

Sebagai contoh, pengurusan sumber air (ketika ini dikawal selia kerajaan negeri) turut membabitkan pengurusan kawasan tadahan, guna tanah, pengairan, saliran, perkhidmatan pembetungan, kawalan pencemaran industri dan pertanian, bekalan air dan pelancongan.

Kepelbagaian agensi terbabit – jika tidak disepadukan dari segi perancangan dan penguatkuasaan – memberi kesan kepada pelestarian kualiti dan kuantiti sumber air. Pada hemat saya, kepelbagaian ini menimbulkan pelbagai isu tadbir urus yang menjejaskan aspek pelestarian dan keefisienan sehingga menyebabkan bekalan air di Lembah Klang terpaksa ditampung dari Pahang tidak lama lagi.

Ini juga menunjukkan bahawa sumber air dalam tadahan Lembah Klang tidak diurus tadbir menggunakan kaedah pelestarian sumber setempat. Dalam hal ini, saya mencadangkan agar Kerajaan Malaysia menggunakan petunjuk pelestarian alam sekitar yang lebih relevan dan berorientasi pencapaian. Pada hemat saya, kepelbagaian petunjuk alam sekitar yang dilaporkan ketika ini oleh pelbagai agensi memang usaha murni dan komited, tetapi tidak begitu sesuai lagi dengan persekitaran yang semakin dinamik dan rencam.

Petunjuk 'kualiti alam sekitar' yang dilaporkan Jabatan Alam Sekitar, misalnya tidak lagi boleh dijadikan petunjuk berhubung kualiti alam sekitar kerana banyak lagi komponen alam sekitar tidak diambil kira. Dalam hal ini, saya mencadangkan penggunaan 'petunjuk pencapaian alam sekitar' (environmental performance index, EPI) seperti yang diperkenalkan Universiti Yale dan Universiti Chicago pada 2006. Memang EPI setakat ini masih jauh daripada sempurna tetapi jauh lebih tepat berbanding petunjuk lain. EPI dirumus menggunakan petunjuk yang relevan dengan isu alam sekitar berorientasi pencapaian.

Pada 2008, EPI untuk 149 negara diumumkan ketika Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, Januari lalu. Menerusi EPI, penarafan turut dilakukan dengan membandingkan semua negara terbabit. EPI memberi fokus kepada dua objektif alam sekitar iaitu (a) pengurangan kesan alam sekitar kepada kesihatan manusia, dan (b) pemantapan ekosistem serta pengurusan sumber asli. Untuk itu, 25 petunjuk prestasi digunakan dan dibahagikan kepada enam kategori berasaskan pencapaian semasa berbanding sasaran ditetapkan.

Sebahagian sasaran ditetapkan menerusi perjanjian dan konvensyen antarabangsa seperti Protokol Kyoto. EPI 2008 membantu penggubal dasar dan pakar alam sekitar menilai dan membandingkan pencapaian pengurusan alam sekitar dan keberkesanan dasar secara kuantitatif. Banyak yang boleh dipelajari menerusi perbandingan petunjuk pelbagai negara.

Sebagai contoh, tidak semua negara kaya mampu mengurus alam sekitar secara lestari, misalnya Amerika Syarikat (tangga ke-39) dan Australia (46). Sebaliknya, tidak semua negara membangun ketinggalan dalam konteks penarafan EPI. Costa Rica misalnya menduduki tangga kelima, Latvia kelapan, Colombia kesembilan, Ecuador ke-22 dan Malaysia ke-26. Menerusi EPI kita boleh meneladani amalan terbaik yang dilaksanakan di negara lain.

Memang Switzerland dan negara Scandinavia paling menyerlah dengan pelbagai inisiatif mesra alam dan dasar pembangunan ekonomi karbon neutral. Namun demikian, teras kepada pencapaian itu ialah kesedaran awam, komitmen dan ketelusan sistem urus tadbir alam sekitar.

Seperti sistem penarafan lain, EPI juga menunjukkan bahawa biarpun sebuah negara kecil dengan pendapatan per kapita sederhana, Malaysia masih menyerlah dalam beberapa aspek pengurusan alam sekitar seperti kemudahan serta kualiti bekalan air dan perkhidmatan pembetungan setanding dengan kebanyakan negara maju.

Prof Datuk Dr Zaini Ujang ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia dan Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Wednesday, July 9, 2008

Plastik sukar dilupus

BERGUNA: Botol plastik yang siap dibungkus untuk dikitar semula

Tahap kesedaran kitar semula di negara ini terlalu rendah JIKA dikumpulkan jumlah sampah yang dibuang orang ramai setiap hari di seluruh negara, maka dalam tempoh hanya sembilan hari saja, jumlahnya boleh sampai ketinggian Menara Berkembar KLCC, iaitu menara ke empat tertinggi di dunia.

Ia menggambarkan tabiat buruk masyarakat yang seakan tidak dapat dibendung kerana terlalu banyak membuang pelbagai jenis sisa pepejal. Statistik menunjukkan 19,100 tan sisa pepejal dibuang setiap hari dengan purata 0.9 kilogram (kg) seorang dalam tempoh sehari, manakala masyarakat di Lembah Klang pula 1.15 kg sehari.

Jumlah itu dijangka akan meningkat kepada 30,000 tan sisa pepejal yang dihasilkan setiap hari menjelang 2020 dengan 24 peratus daripadanya berasaskan plastik.

Berdasarkan perangkaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, plastik adalah bahan terbanyak iaitu 14 peratus dalam komposisi sampah dibuang setiap hari selepas sampah organik dan kertas.

Masalah pelupusan plastik pula mengambil masa sekurang-kurangnya 100 hingga 500 tahun untuk dilupuskan. Kaedah menanam plastik dianggap bukan penyelesaian masalah kerana kesan pencemarannya lebih besar jika dibakar.

Meskipun pembuatan dan pereputan beg plastik sebahagiannya dilihat sudah hancur, bahan kimia masih ada dalam bentuk habuk yang stabil. Bagaimanapun, penggunaan plastik dilihat begitu meluas di seluruh dunia termasuk di negara ini. Laporan menunjukkan penggunaan plastik di dunia meningkat daripada lima juta tan metrik pada 1950-an kepada hampir 100 juta tan metrik, sekarang.

Dalam senario di Malaysia, kita mengeluar dan menggunakan 20 kali lebih banyak plastik kini berbanding 50 tahun lalu. Menurut perangkaan, seorang individu menggunakan hampir lapan keping beg plastik dalam seminggu.

Plastik digunakan secara meluas bagi tujuan pembungkusan, tempat menyimpan makanan, bekas minuman, beg membuang sampah, membungkus anak pokok, penutup komputer dan sebahagian daripada komponen kenderaan selain di tapak pembinaan.


Penggunaan yang meluas itu adalah disebabkan bentuknya yang fleksibel, ringan, versatil, nipis, boleh dijadikan beg pakai buang, lut sinar, mudah dibentuk dan saiz pelbagai.

Secara keseluruhan ada kira-kira 50 kumpulan plastik dengan beratus jenis plastik digunakan. Jenis plastik yang biasa digunakan ialah polyethyene terephthalate (botol, bekas plastik untuk ketuhar gelombang0; high-density polyethylene (botol pembersih susu); low density polyethylene (plastik beg dan tong plastik).

Purata bagi satu tan plastik bersamaan dengan 20,000 botol minuman dua liter atau 120,000 beg plastik.

Pengurus Besar Bahagian Operasi Alam Flora Sdn Bhd, Mohamed Nasir Wan Idrus, berkata Alam Flora, syarikat konsesi diberi tugas melaksana, mengendali, mengutip dan melupuskan sisa pepejal di 44 pihak berkuasa tempatan (PBT) sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan sejak 1995 lalu, mengendalikan sejumlah 5,400 tan sehari, sepanjang tahun lalu.

Daripada jumlah itu, 90 peratus adalah sisa domestik, sembilan sisa aktiviti pembersihan termasuk sampah sarap dan gotong-royong dan satu peratus sisa kebun dan pukal. Daripada jumlah itu, sampah daripada jenis plastik adalah sisa pepejal yang amat sukar untuk dilupuskan.

“Masalah utama sampah jenis itu ialah ia mengambil masa yang hampir beratus tahun untuk dilupuskan secara semula jadi. Plastik mendatangkan masalah di tapak pelupusan sampah kerana ia mengambil sebahagian besar ruang tapak pelupusan. Ini menyebabkan pengurangan jangka hayat sesebuah tapak pelupusan,” katanya.

Beliau berkata, rata-rata kesedaran rakyat terhadap pembuangan sampah sudah meningkat tetapi tidak mempraktikkan kesedaran itu kerana sentiasa beranggapan ada orang lain yang akan menguruskan masalah pembuangan sampah.

Nasir berkata, Alam Flora memperuntukkan RM250 juta bagi kos operasi mengendalikan pengutipan dan pelupusan sampah dengan 14 tapak pelupusan sampah. Justeru, program kitar semula diperkenalkan terutama membabitkan pelbagai jenis sampah termasuk berasaskan plastik. Katanya, tahun lalu sebanyak 867 bahan plastik dikumpulkan untuk dikitar semula. Alam Flora juga mengamalkan konsep 3R (Reuse, Reduce dan Recyle) bermula daripada punca janaan sisa pepejal.

Setakat ini, kadar kitar semula di negara ini masih terlalu rendah iaitu kira-kira lima peratus berbanding Switzerland (52 peratus); Austria (50 peratus); Jerman (48 peratus); Belanda (46 peratus); Norway (40 peratus) dan Sweden (34 peratus).

Di Malaysia, ketika kempen mengurangkan penggunaan plastik sudah dimulakan termasuk di beberapa pasar raya besar seperti Carrefour, Tesco dan Mydin dengan menggalakkan orang ramai mengurangkan penggunaan beg plastik ketika membeli-belah di pasar terbabit.

Secara keseluruhan, semua sisa pepejal domestik dihasilkan dari kawasan perumahan. Biasanya sisa pepejal itu terdiri daripada sisa makanan, sampah dari aktiviti pembersihan rumah, sisa taman bunga seperti daun dan ranting pokok atau bunga, pasu bunga, tanah kebun, bekas racun rumput dan serangga serta beg baja organik.

Sisa pepejal mesti diasing ikut jenis

ORANG ramai dan sektor tertentu termasuk peniaga restoran dan di kawasan pembinaan akan diwajibkan mengasingkan semua jenis sisa pepejal khas untuk memudahkan proses pelupusan serta dikitar semula, menjelang akhir tahun ini.

Perkara itu adalah antara peraturan yang bakal dikuat kuasa menerusi Akta Pelupusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang sedang diperhalusi sebelum ia dilaksanakan sebagai undang-undang.

Akta itu yang diwartakan sejak 30 Ogos tahun lalu turut mengenakan denda sehingga ribuan ringgit dan penjara atau kedua-duanya sekali sekiranya sabit kesalahan kepada pihak yang gagal mematuhi akta itu.

Ketua Pengarah Sisa Pepejal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dr Nadzri Yahaya, berkata akta itu yang sedang diperhalusi turut merangkumi soal reka bentuk, jenis dan bilangan bekas yang perlu disediakan bagi memudahkan kerja pemungutan sampah dilakukan mengikut setiap kategori sampah.

Katanya, kempen secara agresif akan dilakukan di pelbagai sektor terutama kepada masyarakat mengenai tanggungjawab mereka untuk mengasingkan barangan sisa pepejal di dalam satu bekas supaya dapat dilupuskan atau dikitar semula mengikut kategori.

Justeru, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan menyediakan tong atau bekas bersesuaian kepada semua sektor supaya mereka dapat mengasingkan setiap sisa pepejal mengikut kategori.

Ini akan memudahkan PBT mengutipnya tanpa sebarang masalah terutama plastik supaya tidak dihantar ke tapak pelupusan sampah.

“Masih ramai lagi, masyarakat yang mencampurkan semua jenis sampah sama ada sampah organik, kertas, plastik, kotak dan sebagainya di dalam satu beg plastik. Kesedaran orang ramai berkaitan perkara itu masih rendah.

“Semua sisa pepejal itu akan terus di bawa ke tapak pelupusan sampah untuk dilupuskan. Bagi plastik itu ia sukar untuk dilupuskan sepenuhnya dan perlu mengambil masa amat panjang sekiranya ia ditempatkan di tapak berkenaan dan sekali gus ia mencemarkan alam sekitar.

“Oleh itu, kita melancarkan Kempen Kitar Semula bagi sisa pepejal tertentu terutama plastik supaya ia dapat digunakan semula,” katanya.

Tuesday, July 8, 2008

Higher CO2 levels may be good for plants: German scientists

The dangerous rise in greenhouse gases in the atmosphere may be troubling scientists and world leaders but it could prove to be a boon for plants, German researchers said Tuesday.

Increasing exposure to carbon dioxide appears to boost crop yields, Hans-Joachim Weigel of the Johann Heinrich von Thuenen Institute for rural areas, forestry and fisheries in the central city of Brunswick told AFP.

"Output increased by about 10 percent for barley, beets and wheat" when the plants were subjected to higher levels of carbon dioxide, Weigel said.

The Thuenen Institute, which has been monitoring the phenomenon in fields since 1999, trains CO2 jets on the plants so the gas reaches 550 parts per million in the air around them -- the level expected in the atmosphere by 2050.

Weigel said the studies have indicated that while greater CO2 exposure appears to spur growth, it can also undermine the quality of the produce.

He said the next step in the study would be to evaluate the effect of higher temperatures on plant growth -- which scientists cite as another consequence of higher CO2 emissions in the atmosphere.

Weigel said that while the institute's findings may prove surprising to some, they are not intended to undermine the drive to slash CO2 emissions.

"This research is not intended as an argument for doing nothing to curb the rise of CO2 levels," he said. "It is to find out what the effects would be."

Other studies have presented a more mixed picture about the impact of higher CO2 levels on plants, and there is uncertainty about its effects on soil fertility and which plants benefit most from more CO2.


Agence France-Presse - 7/8/2008 12:39 PM GMT

Monday, June 16, 2008

Climate change threatens reef fish

Climate change threatens to devastate coral reef fish populations and increase the likelihood of fishery collapses, Australian researchers warned Monday.

Coral reefs' vulnerability to global warming has already been established by researchers, but the fish living in the reefs are also at risk, James Cook University's Centre for Excellence in Coral Reef Studies found.

"We have already seen episodes of mass die-off of corals as a result of warmer waters associated with global warming, the problem for specialist coral fish is that when the corals die, the fish have nowhere else to go," the centre's Philip Munday said.

Munday said there were some 4,000 fish species living in or around coral reefs, providing livelihoods and a major source of sustenance to an estimated 200 million people worldwide.

He said the problem with coral fish stemmed from the fact that when they bred, their eggs were swept out to sea and the baby fish then swam back to resettle on the reefs.

"If reefs have been extensively damaged or the composition of their corals altered due to global warming impacts, this process of re-stocking the reefs with fish may be disrupted," he said.

"At the same time, the baby fish are likely to be affected by changes in water temperature and the acidification of the oceans."

Munday said some fish may migrate to cooler waters if temperatures around their reefs became too warm.

But he said this was not an option in Australia's Great Barrier Reef because there was nowhere for new coral to grow in the deep waters to the south of the giant reef, regarded by scientists as the world's largest living organism.

"There is really nowhere for coral reefs and their associated fish communities to expand," he said.

"Effectively, this means that some coral reef fish species will be squeezed by rising water temperatures into smaller and smaller areas, making them more susceptible to disturbances such as coral bleaching and increasingly vulnerable to fishing and other forms of human activity."
The coral centre's paper, a synthesis of previous research, was published in the journal "Fish and Fisheries" and will discussed at an international symposium on coral reefs in Florida next month.
Agence France-Presse - 6/16/2008 9:36 AM GMT

Thursday, June 5, 2008

Hidrogen tangani pelepasan karbon

Pusat penyelidikan UTP kaji tingkatkan keberkesanan bahan api alternatif

HARI Alam Sekitar Sedunia yang disambut hari ini membawa tema 'CO2, Buang Tabiat Lama! Ke Arah Ekonomi Rendah Karbon' (CO2, Kick the Habit! Towards a Low Carbon Economy). Bagaimana kita sebagai pengguna mampu membuang tabiat menggunakan karbon dioksida (CO2)? CO2 adalah satu daripada gas rumah hijau, selain metana dan nitrus oksida yang terkumpul dengan banyak di atmosfera atau ruang udara bumi. Aktiviti manusia menerusi perindustrian menyebabkan pelepasan gas rumah hijau berlebihan terutama CO2 hingga mencetuskan pemanasan global dan perubahan suhu dunia.

Pelepasan CO2 berlebihan dilakukan kilang atau loji penjana tenaga elektrik yang menggunakan diesel, gas asli dan arang batu. Pembakaran bahan api oleh kenderaan seperti petrol dan diesel, bahkan gas asli juga melepaskan CO2 ke udara. Dengan lebih 11 juta kenderaan berdaftar di negara ini dan perindustrian yang rancak, tidak hairanlah Malaysia terletak di tangga ke-26 dari segi jumlah pelepasan CO2 dunia. Kedudukan itu disediakan The Carbon Dioxide Information Analysis Center, agensi penyelidikan untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelepasan CO2 oleh pembakaran bahan api fosil.

Sebagai penyelesaian jangka pendek, pengguna boleh membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau itu dengan menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan pelepasan CO2 oleh kenderaan persendirian. Pengguna juga patut mengurangkan penggunaan mandian air panas, peti sejuk dan pendingin hawa atau menggunakannya secara berhemah kerana semua peralatan ini menggunakan tenaga elektrik yang tinggi.

Permintaan terhadap tenaga elektrik yang tinggi memerlukan penjanaan elektrik berlebihan yang menyumbang kepada pembakaran diesel, gas asli atau arang batu serta akhirnya menyebabkan pelepasan lebih banyak CO2 ke udara. Penyelesaian jangka panjang kepada pengurangan dan penghapusan pelepasan gas rumah hijau ialah penjanaan tenaga yang boleh diperbaharui kerana minyak dan gas akan kehabisan.

Tenaga diperbaharui itu dikatakan teknologi masa depan, tetapi tempoh 'masa depan' itu mungkin akan berlaku hanya antara 20 hingga 30 tahun lagi.Ini bermaksud sebahagian besar pembaca hari ini akan berkesempatan untuk melihat dan menggunakan teknologi penghasilan tenaga daripada kuasa matahari (solar), angin, ombak atau air secara menyeluruh.

Penyelidikan mengenai tenaga masa depan di negara maju fokus kepada penghasilan tenaga elektrik yang lebih efisien dan mesra alam serta kepada penghasilan dan penyimpanan hidrogen kerana mereka sedar itulah masa depan.

Dalam konteks kenderaan, kajian bertumpu kepada kereta elektrik hibrid atau kenderaan yang digerakkan dengan enjin berkuasa hidrogen, sama ada secara pembakaran terus atau melalui sel fuel.

Ertinya, tenaga masa depan adalah dalam bentuk elektrik dan hidrogen kerana bahan bakar fosil akan lenyap dan tidak boleh ditambah lagi. Pensyarah Universiti Teknologi Petronas (UTP), Professor Madya Dr Abdul Rashid Abdul Aziz, 42, berkata penghasilan tenaga yang paling cekap sekarang adalah penghasilan tenaga daripada sel fuel yang mempunyai efisiensi terma lebih 50 peratus. Sebagai perbandingan, bagi enjin petrol atau diesel, efisiensi termanya adalah di bawah 30 peratus. Ini bermaksud kurang daripada 30 peratus tenaga terhasil daripada jumlah keseluruhan tenaga bahan api yang dibakar dan selebihnya terbuang ke persekitaran.

UTP menerusi Centre for Automotive Research (CAR), iaitu pusat penyelidikan mengenai teknologi hijau (hidrogen, solar dan biofuel) sedang menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan hidrogen sebagai bahan bakar kenderaan. Penyelidikan Dr Abdul Rashid yang mengetuai CAR mengenai penggunaan hidrogen sebagai bahan bakar dalam enjin itu sekarang menunjukkan tahap efisiensi terma sehingga 40 peratus.

Tumpuannya sekarang ialah mencapai tahap efisien sehingga lebih 50 peratus. Ini boleh dicapai dengan mengawal proses kemasukan bahan api dan proses pembakaran serta dengan meningkatkan nisbah pemampatan enjin. Ini akan menjadikan enjin empat lejang menggunakan hidrogen sebagai pilihan lebih murah berbanding sel fuel tetapi mempunyai efisiensi terma yang setanding dengan sel fuel. Beliau sudah menguji penggunaan gas hidrogen sebagai bahan bakar dalam enjin kenderaan biasa, iaitu enjin satu selinder empat lejang yang dibina untuk penyelidikan.

Hasil penyelidikan sejak lebih setahun lalu itu menunjukkan pembakaran gas hidrogen dalam kebuk melepaskan sangat sedikit nitrogen oxida (NOx) berbanding enjin menggunakan gas asli dan minyak petrol. Ini membuktikan penggunaan hidrogen sebagai bahan api sangat penting kerana NOx adalah gas beracun yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Ujian oleh Dr Abd Rashid mengenai pembakaran hidrogen juga menunjukkan pelepasan CO2 juga hampir tiada atau pada kadar yang terlalu sedikit dan boleh diabaikan.

Pencapaian itu bermakna penggunaan hidrogen sebagai bahan api lebih baik daripada gas asli kerana gas asli masih melepaskan CO2 di udara. "Hidrogen diperoleh menerusi proses pemecahan molekul air menggunakan tenaga elektrik yang dipanggil elektrolisis. Oleh itu, gas ini boleh dijana menerusi hidro, solar, angin atau ombak untuk menghasilkan tenaga elektrik bagi memulakan proses elektrolisis.

"Kajian masih lagi dilakukan untuk meningkatkan lagi keberkesanan proses elektrolisis ke tahap lebih efisien. Kajian yang terbaru sekali ialah dengan menghasilkan hidrogen terus dari tenaga solar melalui proses fotolisis. Kajian mengenai teknologi penyimpanan hidrogen juga sangat rancak dijalankan oleh negara maju.

"Sekiranya tahap kecekapan proses pemecahan molekul air kepada hidrogen ini berjaya ditingkatkan dan teknologi penyimpanan hidrogen dapat dikomersialkan, tidak mustahil gas hidrogen boleh dihasilkan oleh setiap rumah, iaitu setiap kediaman yang mempunyai set penjanaan dan penyimpanan hidrogen sendiri," katanya ketika ditemui di Tronoh, Perak, baru-baru ini.

Tenaga untuk menjana hidrogen boleh datang terus daripada tenaga solar atau daripada tenaga elektrik menerusi pengumpul tenaga solar. Secara tidak langsung, ini memberi maksud bahawa kenderaan yang menggunakan bahan api hidrogen boleh mengisi bahan bakar berkenaan di rumah masing-masing.

Namun, hidrogen adalah gas yang amat mudah terbakar dan menghasilkan kesan letupan. Penggunaannya perlu dilengkapi dengan ciri keselamatan yang tinggi untuk mengelak sebarang musibah. Kaedah penyimpanan hidrogen juga memerlukan lebih banyak kaji selidik untuk membolehkan gas hidrogen itu disimpan dengan lebih banyak di samping selamat untuk aplikasi kenderaan.

Pembangunan ekonomi, alam mesti seimbang

PEMANASAN global, kenaikan paras laut, pengeluaran karbon berlebihan, bencana alam tsunami yang menjadikan beberapa daerah dunia sebelah sini bagai padang jarak padang tekukur, sudah cukup perit untuk dialami.

Ini ditambah pula fenomena seperti taufan Katrina yang menenggelamkan bandar raya New Orlean (Amerika Syarikat), taufan Nargis yang memaksa pemerintahan junta Myanmar membuka pintunya kepada bantuan dunia dan terbaru, gempa bumi yang meranapkan beberapa bandar raya di China.

Sejak awal dekad baru ini, penduduk dunia terus dikejutkan dengan pelbagai bencana alam yang amat dahsyat, mengorbankan jutaan nyawa manusia, menjadikan jutaan lain kebuluran, hilang tempat tinggal, menjadi yatim piatu manakala bandar, pekan dan kampung musnah.

Pertanyaan mengapa bencana datang silih berganti, akhirnya jawapan kebanyakan menjurus kepada angkara manusia itu sendiri yang banyak mengubah muka bumi ini atas nama pembangunan, motif berkiblatkan keuntungan hingga menyebabkan khazanah alam sekitar semakin pupus. Ke arah mana pun kesalahan dituding, akhirnya ia tetap menghala kepada manusia.

Walaupun semakin ramai rakyat bercakap mengenai pemuliharaan alam sekitar, rata-rata masih sekadar retorik, gagal disertai sebarang tindakan konkrit. Bagi Malaysia sendiri, pelbagai kempen dan slogan dilancarkan untuk menjaga alam sekitar. Namun, usaha ke arah pemuliharaan alam sekitar akhirnya hanya tinggal slogan.

Justeru, sempena Hari Alam Sekitar Sedunia hari ini, seluruh warga dunia termasuk rakyat Malaysia perlu mula mengubah sikap.

Mengimbau kembali sejarah pemilihan tarikh 5 Jun ini, Koordinator Program Kemudahan Alam Sekitar Global (GEF) sebuah unit di bawah Program UNDP, Dr Martin Abraham, berkata Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan tarikh itu pada 1972 bertujuan mencetus kesedaran penduduk dunia dan penggubal dasar bagi mengambil tindakan lebih agresif ke arah penjagaan alam sekitar.

"Persidangan PBB Mengenai Persekitaran Manusia diadakan kali pertama di Stockholm dan hanya selepas 20 tahun iaitu pada Sidang Puncak Bumi di Rio de Janeiro, pada 1992, baru diwujudkan satu garis panduan ke arah pemuliharaan alam sekitar yang lebih konkrit.

"Deklarasi Rio adalah dokumen pertama menyentuh semua isu mengenai alam sekitar dan pembangunan lestari dan ia menjadi perdebatan umum.

"Hasilnya ialah Protokol Kyoto ditandatangani kira-kira 180 negara (kecuali beberapa negara maju) pada 1997. Di bawah protokol ini, 38 negara perindustrian berikrar untuk mengurangkan pengeluaran gas karbon pada tahap 5.2 peratus lebih rendah pada kadar dicatat pada 1992 dan sasaran ini diharap dapat direalisasi antara 2008-2012," katanya. Namun, Persidangan PBB
Mengenai Perubahan Cuaca di Bali tahun lalu menyaksikan beberapa perubahan besar.

Beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, yang sebelum ini enggan menandatangani Protokol Kyoto, kembali bersama negara dunia lain dengan usaha lebih serius ke arah menangani pengeluaran gas karbon. Selepas tema 'Ais Semakin Cair - Satu Topik Panas?' tahun lalu, kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran karbon di seluruh dunia, membuatkan PBB memilih tema 'CO2, Kick the Habit! Towards a Low Carbon Economy' (CO2! Buangkan Tabiat Lama. Ke Arah Ekonomi Rendah Karbon) untuk Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini.

Tema ini memang terasa bahangnya di Malaysia. Pembukaan tanah hutan secara besar-besaran, sama ada untuk projek pembangunan, infrastruktur, mahupun pertanian, adalah antara penyumbang terbesar kepada pengeluaran karbon. Itu belum lagi membabitkan isu pembakaran hutan yang boleh membawa kepada konflik jerebu yang turut membabitkan negara jiran. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Unggah Embas lebih awal mengemukakan ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dalam tempoh beberapa bulan akan datang, terutama kemungkinan kejadian jerebu akan terus berlaku antara Jun hingga Ogos.

Ketika pujian harus diberi kerana memberi amaran awal, lebih banyak langkah perlu diambil bagi memastikan rakyat sendiri dapat memainkan peranan lebih serius dalam usaha pemantauan. Isu alam sekitar bukan sekadar membabitkan pembakaran dan penebangan hutan secara besar-besaran, kerana ia menjangkau lebih jauh daripada itu.

Turut mengalami kesan serius daripada isu pencemaran, pembangunan melampau dan krisis pemanasan global ialah lautan, hidupan marin, sungai dan sumber air lain yang penting pada kehidupan manusia, bukit-bukau diratakan. Malah, perubahan cuaca yang tidak menentu turut menyebabkan kejadian banjir dan kemarau luar biasa.

Tetapi faktor utama yang memburukkan persekitaran alam semula jadi ini ialah sikap 'tak apa' majoriti rakyat terhadap isu alam sekitar, sekali gus menyebabkan pelbagai spesies tumbuhan, binatang, malah 'kepakaran' manusia dalam bidang perubatan tradisional mengalami kepupusan.

"Tidak ada siapa yang boleh menafikan pembangunan adalah penting untuk kehidupan manusia dan kumpulan etnik seperti Orang Asli juga berhak menikmati kehidupan selesa yang dibawa arus pembangunan.

"Tetapi perlu ada satu titik keseimbangan dalam mencari keselesaan hidup melalui pembangunan fizikal dan memastikan khazanah alam terus dipulihara. Kegagalan berbuat demikian, membuatkan manusia bukan saja kehilangan pelbagai spesies tumbuhan serta binatang hutan, bahkan kepakaran mencari tumbuhan hutan untuk dijadikan ubat turut pupus kerana tidak ada siapa mahu mewarisi kepakaran itu," kata Dr Martin.

Justeru, bagi menggalakkan kumpulan komuniti atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu mengurangkan kemusnahan alam sekitar yang semakin membimbangkan, Dr Martin menggunakan pentas sebagai koordinator GEF untuk mengeluarkan geran bagi projek pemuliharaan alam dan langkah meningkatkan pembangunan lestari di kalangan masyarakat setempat.

"Kami menyediakan geran yang memberi tumpuan kepada projek kepelbagaian bio, perubahan cuaca, perairan antarabangsa, penggunaan tanah tidak mesra alam, lapisan ozon dan pencemaran organik yang berterusan," katanya mengenai Program Geran Kecil GEF yang boleh diberi sehingga AS$50,000. Antara projek yang dilaksanakan di bawah program GEF ini ialah Perubahan Dunia Untuk Kaum Semelai (Wanita Tasik Bera), Taman Hutan Komuniti Kota Damansara, Penduduk Luar Bandar Makan Apa, Nelayan Pantai Pulau Pinang: Keunikan Alat Tangkapan Tradisional, Hutan Paya Bakau Pulau Pinang: Satu Warisan Yang Harus Diselamatkan dan Tumbuhan Ubatan di Tanjung Kruing. "Melalui program GEF, kami mendapati pelbagai usaha ke arah pemuliharaan boleh dilakukan tetapi tidak ramai yang komited," kata Dr Martin. Isu komitmen bukan saja dialami Malaysia, bahkan seluruh dunia dan ia perlu membabitkan perubahan sikap seluruh umat manusia pada semua peringkat. Dengan Malaysia memilih tema 'Ke Arah Hidup Lestari' untuk sambutan kali ini, perkara pertama perlu ditumpukan ialah perubahan sikap pada semua peringkat daripada penggubal polisi, agensi pelaksana serta seluruh rakyat. Kerana itu, di kala nasihat diberi kepada rakyat Malaysia untuk kembali 'Ke Arah Hidup Lestari', penggubal dasar, pihak berkuasa, pihak pemaju serta semua yang terbabit dengan proses pembangunan negara, perlu melihat pada diri sendiri terhadap semua projek yang dirancang dan memastikan ia selari dengan agenda yang diuar-uarkan.

Tuesday, June 3, 2008

Buang tabiat lama tangani pencemaran

TARIKH 5 Jun menjadi hari keramat disambut di serata dunia dengan pelbagai program meraikan Hari Alam Sekitar Sedunia (HASS). Tahun ini HASS peringkat antarabangsa disambut secara besar-besaran dengan pelbagai program di Wellington, New Zealand dengan tema ‘buang tabiat lama’. Ia juga turut disambut di lebih 100 negara serata dunia. Apapun bentuk program dan kemeriahan acara dianjurkan, fokusnya sama iaitu alam sekitar perlu dijadikan pertimbangan utama dalam dasar pembangunan, hubungan kerjasama serantau, falsafah pendidikan, kegiatan ekonomi dan cara hidup. Segala aspek kehidupan perlu dikaji semula supaya bersifat mesra alam dan memenuhi ciri kelestarian. Demikianlah rutin tahunan sejak mula diperkenalkan pada 1992, khususnya di negara maju, menyambut dan merayakan 5 Jun. Dalam pelbagai upacara dan ritualnya, pemimpin politik, negarawan, environmentalis, saintis, aktivis dan mereka yang prihatin berhimpun untuk sama-sama memperbaharui azam serta melafazkan ikrar melestarikan alam sekitar dengan lebih efektif dan efisien.
Bagaimanapun, di Malaysia, tarikh 5 Jun tidak disambut dengan upacara rasmi pada peringkat nasional kerana kebiasaannya (kecuali 2004) sambutan Minggu Alam Sekitar diadakan pada September. Rasionalnya kerana Deklarasi Langkawi mengenai iltizam kerajaan dan rakyat Malaysia diadakan pada September lebih sedekad lalu. Di situ jugalah pelbagai acara dilangsungkan, termasuk Anugerah Langkawi kepada tokoh alam sekitar negara. Namun demikian, sambutan di Malaysia biar apapun tarikhnya dilakukan secara sederhana saja, tanpa program yang disorot secara hebahan langsung atau komitmen membabitkan perubahan dasar utama pembangunan negara. Tema HASS tahun ini sinis sifatnya. ‘Buang tabiat lama’ merujuk kepada dasar, kaedah dan cara hidup berasaskan kerangka pembangunan yang banyak menghasilkan gas karbon yang menyumbang kepada pemanasan suhu bumi sehingga menyebabkan perubahan cuaca dan pelbagai bencana lain.
Tabiat lama itu termasuk tabiat harian sebagai individu, misalnya berkaitan kemudahan pengangkutan, penggunaan tenaga dan sumber air, berbelanja sehinggalah pemakanan. Semua kegiatan harian ada kesannya dalam konteks penghasilan gas karbon ke ruang udara dan penjanaan sisa. Memang kita akui, sukar untuk kita menjalani kehidupan tanpa penghasilan karbon. Malah setiap kali kita bernafas menggunakan gas oksigen, kita menghasilkan karbon dioksida. Setiap kali kita makan, kita menghasilkan sisa organik yang juga mengandungi sebatian karbon. Hal ini lebih ketara jika kita memulakan sesuatu aktiviti seperti menaiki kenderaan yang memerlukan bahan api fosil berasaskan karbon. Selain itu, hasil proses pembakaran kenderaan juga menghasilkan gas karbon. Untuk belajar kita membaca buku yang diperbuat daripada kertas. Biasanya kertas dihasilkan daripada serat kayu menerusi industri pembalakan. Dengan kata lain, semakin banyak kita membaca maka semakin banyak pula pokok yang perlu ditebang untuk menghasilkan buku.
Lalu apa rasional dan alternatif kita membuang tabiat lama menghasilkan karbon itu seperti tersurat dalam tema HASS 2008? Rasionalnya ialah kita tidak lagi boleh berterusan membebaskan gas karbon ke ruang udara pada kadar semasa. Usaha perlu dilakukan untuk mengurangkannya ke tahap 1990 sebelum 2012, seperti kata sepakat termeterai menerusi Protokol Kyoto 1998. Oleh itu, langkah drastik perlu dilakukan semua pihak - individu, keluarga, organisasi, industri, kerajaan dan siapa saja, membuang tabiat lama dan mengamalkan tabiat baru mesra alam. Dr Stephen Covey dalam buku The Seven Habits of Highly Effective People, berkata sesuatu tabiat baru menjadi cara hidup apabila kita mengadunkan tiga perkara, iaitu ilmu mengenai hal berkenaan, kaedah melaksana atau bertindak dan sikap. Dalam konteks HASS, ilmu mengenai sebab, faktor dan status semasa peningkatan suhu bumi dan perubahan cuaca difahami, khususnya menerusi laporan terkini Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Cuaca (IPCC) terbit awal tahun ini. Kesannya kepada sektor ekonomi juga dikenal pasti, misalnya menerusi Laporan Stern 2007. Kaedah mengatasinya juga diketahui umum iaitu dengan mengurangkan pembebasan gas karbon ke ruang udara. Selain itu pelbagai teori dan pendekatan ekonomi dikemukakan, misalnya ekonomi neutral karbon dan pembangunan lestari. Persoalannya kini ialah menggerakkan seluruh lapisan masyarakat, daripada individu, keluarga, masyarakat dan negara, untuk mengubah minda dan sikap supaya lebih lestari dan mengamalkan cara hidup serta tabiat mesra alam. Tema HASS 2008 bukan lagi retorik tetapi menuntut semua pihak bertindak menghayati tabiat hidup mesra alam. Memang sukar untuk kita melakukan apa saja aktiviti tanpa menghasilkan gas karbon. Tetapi kita boleh memerangkap pelepasan karbon itu, malah menggantikannya dengan gas oksigen. Hal ini boleh dilakukan menerusi sekurang-kurangnya lima tindakan berikut: l Menanam pokok kerana pokok menggunakan karbon dioksida untuk proses fotosintesis kemudian menghasilkan gas oksigen. Pokok dan hutan juga boleh menyejukkan persekitaran dan mengurangkan hakisan tanah; l Menggunakan tenaga elektrik dengan lebih efisien dan berhemat kerana penjanaan tenaga elektrik secara konvensional menghasilkan banyak karbon; l Menggunakan kenderaan secara lebih efisien, misalnya pengangkutan awam atau enjin kenderaan mesra alam seperti penggunaan hidrogen atau bahan api mesra alam; l Memastikan keluarga dan organisasi kita terbabit dalam inisiatif mesra alam dengan pelbagai program serta amalan, dan l Mengganti setiap aktiviti yang membebaskan gas karbon dengan aktiviti memerangkap karbon atau menghasilkan gas oksigen - seperti menanam pokok dan pemerangkapan biogas supaya terhasil situasi sekurang-kurangnya karbon sifar. Kalaulah kita faham mengenai fenomena terkini dan risiko peningkatan suhu bumi, maka kita pasti sedar bahawa keadaan kini semakin terdesak dan pilihan kian terhad. Keutamaan ialah mengurangkan pelepasan karbon secara pukal pada setiap peringkat di seluruh dunia. ‘Buang tabiat lama’ juga merangkumi penghakisan sikap apati yang tidak menghiraukan kepentingan orang lain meliputi seluruh warga dunia, dan membuang fahaman lama yang mengandaikan bahawa peningkatan suhu bumi masih belum kritikal.

Prof Datuk Dr Zaini Ujang ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia

Wednesday, May 28, 2008

Cabaran urus alam sekitar guna ICT

MUNGKIN ada yang tertanya-tanya bagaimana teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu meningkatkan kecekapan pengurusan alam sekitar di Malaysia.
Sebenarnya penggunaan ICT dalam pengurusan alam sekitar telah lama digunakan di negara-negara maju. Ia ternyata berkesan dalam mendepani pelbagai masalah alam sekitar yang semakin bertambah.
Pengurusan alam sekitar meliputi pengurusan sumber alam, perlindungan kawasan sensitif alam sekitar, pengawalan pencemaran dan pemantauan kualiti alam sekitar. Dunia hari ini amat memerlukan pengunaan teknologi yang lebih pantas dan mudah untuk meningkatkan sistem penyampaian kepada masyarakat.
Pembangunan teknologi ICT dalam pengurusan alam sekitar memberi banyak manfaat kepada agensi kerajaan, institusi penyelidikan dan masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar.
Secara umumnya penggunaan ICT dalam pengurusan alam sekitar di Malaysia semakin rancak dimajukan, namun ia masih ditahap permulaan.
Penggunaan Internet misalnya boleh memudahkan urusan aduan pencemaran alam sekitar kepada agensi yang terlibat dalam penguatkuasaan alam sekitar.
Pengurusan kawasan-kawasan sensitif alam sekitar di negara ini secara bersepadu perlu dimantapkan. Kawasan sensitif alam sekitar di negara ini yang kaya dengan biodiversiti merupakan warisan alam yang perlu dikekalkan. Penggunaan ICT seperti sistem maklumat geografi (Geographical Information Systems) dapat membantu dalam usaha perlindungan kawasan sensitif alam sekitar di negara ini.
Pemantauan kualiti alam sekitar secara berterusan amat penting bagi melihat sebarang perubahan yang berlaku terhadap kualiti alam sekitar di sesuatu kawasan. Penggunaan ICT adalah amat sesuai bagi memantau dan memberikan maklumat terkini mengenai status kualiti alam sekitar di sesuatu kawasan kepada orang ramai.
Selain itu, pengawasan terhadap punca-punca pencemaran dari kawasan perindustrian dapat dipantau dengan lebih efektif melalui penggunaan ICT.
Isu perubahan cuaca global sejak akhir - akhir ini telah menarik minat masyarakat untuk mengetahui perkembangan cuaca semasa ditempat mereka. Penggunaan ICT dapat memberi maklumat mengenai keadaan cuaca yang bakal berlaku kepada masyarakat. Maklumat melalui Internet di kalangan rakyat khususnya para petani dan nelayan dapat membantu mereka merancang aktiviti harian.
Ramalan mengenai bencana alam yang bakal melanda seperti hujan lebat, banjir dan ribut petir dapat membantu masyarakat untuk menguruskan alam dengan lebih efektif. Usaha-usaha pencegahan bagi mengelak daripada bencana yang memusnahkan harta benda dapat dirancang dengan lebih awal oleh pihak berkuasa. Pengunaan ICT dalam memberi maklumat keadaan cuaca, dapat membantu kerajaan dalam menyediakan langkah - langkah bertindak untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana yang berlaku. Di samping itu masyarakat dapat sama melakukan persediaan bagi menghadapinya.
Sesungguhnya penggunaan ICT dalam pengurusan alam sekitar mempunyai manfaat yang amat besar. Namun sehingga kini terdapat beberapa halangan yang menyebabkan penggunaanya belum dapat diperluaskan dalam konteks pengurusan alam sekitar. Promosi terhadap kemudahan sesuatu sistem pengurusan alam sekitar dengan menggunakan ICT tidak dilakukan secara meluas. Ini menyebabkan masyarakat kurang terdedah untuk memanfaatkanya. Akhirnya pembangunan sistem itu hanya dimanfaatkan oleh segolongan masyarakat sahaja.
Selain itu pembangunan sistem ICT dalam pengurusan alam sekitar melibatkan kos yang tinggi. Ini menyebabkan pertumbuhan aplikasi ICT dalam pengurusan alam sekitar masih ditahap yang rendah. Di kawasan zon perindustrian pula keupayaan penghantaran maklumat ke server pusat masih tidak memuaskan. Ini kerana data dan maklumat yang dihantar kadang kala mempunyai saiz yang besar, hal ini memberikan gangguan terhadap kelajuan transmisi maklumat ke server pengawasan alam sekitar pusat.
Usaha-usaha untuk meningkatkan kemudahan teknologi ICT dalam pengurusan alam sekitar perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan. Kekurangan tenaga pakar dalam bidang ini perlu ditampung dengan memperkayakan program pembangunan modal insan dalam bidang ini. Peningkatan tenaga pakar dalam negara boleh mengurangkan pergantungan kita terhadap teknologi daripada luar negara.

Sunday, May 25, 2008

Penggunaan lebih meluas bahan beri kesan buruk

PENYELIDIKAN saintifik mengenai kesan bahan karsinogenik iaitu bahan penyebab barah, terutama plumbum kepada kesihatan sudah lama dilaksanakan beribu tahun dulu iaitu sejak tamadun Rom, Yunani dan China. Ia berikutan wujud situasi di mana berlakunya keracunan plumbum di kalangan masyarakat pada zaman itu disebabkan pendedahan berterusan kepada unsur terbabit. Plumbum mudah didapati, diekstrak dan senang berganding dengan campuran bahan lain. Ia termasuk menjadi bahan tambahan untuk melambatkan proses pembakaran bahan api seperti petrol.
Bagaimanapun, penggunaannya secara meluas memberi kesan tidak elok kepada kesihatan. Ia dibuktikan melalui penemuan saintifik yang masih lagi diteruskan saintis pada hari ini. Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) dan Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) menyatakan seseorang itu dikira mengalami keracunan plumbum apabila paras plumbum darah adalah serendah 10 mikrogram bagi setiap 100 mililiter. Kanak-kanak adalah golongan lebih mudah terdedah dengan pengaruh resapan plumbum kerana sistem saraf kanak-kanak masih berkembang hingga dewasa sangat mudah dipengaruhi persekitarannya.
Pada masa sama sistem saraf kanak-kanak masih belum sempurna untuk membaiki sebarang kerosakan disebabkan oleh toksin alam termasuk plumbum dan merkuri. Kajian oleh pelajar sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2002 mendapati paras plumbum minimum dalam rambut kanak-kanak di Malaysia adalah jauh lebih tinggi daripada kanak-kanak di Singapura iaitu 27.28 mikrogram per gram berbanding 2.79 mikrogram per gram. Malah, tidak mustahil kini paras berkenaan sudah meningkat berikutan penggunaan bahan mengandungi kandungan plumbum masih digalakkan. Justeru, pemansuhan petrol berplumbum RON 92 disambut baik demi kepentingan semua khasnya dalam membantu mengurangkan paras plumbum dalam udara.
Pakar perubatan pekerjaan dari Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia (MMA), Dr Nirmal Singh, berkata plumbum adalah sejenis unsur bertoksik yang terbukti boleh memberi impak negatif kepada alam dan kesihatan manusia. Beliau berkata, pembakaran plumbum bersama bahan api seperti petrol dalam kenderaan akan menghasilkan pelbagai bahan yang keluar dari ekzos seperti plumbum oksida, plumbum sulfida dan plumbum karbonat yang akan mencemar udara dan seterusnya meresap ke dalam tanah. "Tidak seperti bahan pencemar lain, plumbum mempunyai jangka hayat yang panjang dalam alam sekitar hingga boleh mengganggu rantaian makanan manusia. "Justeru, apabila ia meresap ke dalam tanah, ia juga akan mencemar sumber air yang akhirnya menjadi sumber makanan manusia, tumbuhan dan haiwan sekali gus boleh menjejas kesihatan mereka," katanya. Katanya, masalah kesihatan lebih serius akan berlaku apabila bahan seperti petrol berplumbum didedahkan secara konsisten kepada manusia. Ia akan masuk ke dalam sistem darah dan seterusnya ke bahagian tulang dan sistem saraf. "Pendedahan jangka panjang kepada unsur itu boleh merosakkan sistem saraf pusat manusia secara kekal. Ia termasuk kegagalan fungsi otak dan gangguan perjalanan darah dan buah pinggang," katanya. Selain itu, katanya, penyakit seperti anemia, masalah kesuburan dan darah tinggi mudah terjadi jika paras plumbum dalam badan meningkat. "Keracunan plumbum bukan saja boleh menyebabkan gangguan mental malah memendekkan jangka hayat manusia," katanya. Dr Nirmal berkata, kanak-kanak adalah kumpulan paling mudah dipengaruhi berbanding orang dewasa yang antara lain menyebabkan kegagalan fungsi kognitif kanak-kanak iaitu kegagalan minda untuk berfikir, mengingati dan memproses maklumat dengan tepat. Beliau berkata, kadangkala pesakit tidak menyedari bahawa mereka mengalami gejala keracunan plumbum ini. "Bagaimanapun, antara tanda-tanda yang sering berlaku ialah rasa loya, sakit perut, insomnia, mulut mempunyai rasa logam, kelesuan melampau dan hiperaktif; sakit kepala serta paling serius adalah serangan sakit secara tiba-tiba dan koma. Pesakit yang terkena keracunan plumbum sukar dipulihkan. "Proses penyingkiran plumbum dalam badan mengambil masa lama iaitu sehingga berpuluh tahun dan jika ia serius, rawatan penyingkiran khas yang dipanggil terapi 'chelation' akan dilakukan terhadap pesakit," katanya.

Tuesday, May 13, 2008

8,533 maut gempa skala 7.8 di China

MUSNAH... ahli keluarga para pelajar yang terkorban berkumpul di kawasan runtuhan bangunan Sekolah Menengah Juyuan di Sichuan, barat daya China setelah wilayah itu dilanda gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter,11 Mei 2008.
Seramai 8,533 orang dianggarkan terbunuh dan 10,000 lagi cedera apabila gempa bumi bermagnitud 7.8 pada skala Richter menggegarkan wilayah Sichuan di barat daya China hari ini.

Angka kematian itu dicatat pada pukul 11.30 malam ini (waktu Malaysia). Jumlah itu dijangka terus meningkat. Agensi berita Xinhua melaporkan, hampir 900 pelajar tertimbus di bawah runtuhan sebuah sekolah tinggi tiga tingkat di daerah Juyuan di bandar Dujiangyan di Sichuan.

Gempa bumi itu turut meranapkan dua buah sekolah rendah di daerah Lirang di Chongqing, yang terletak kurang 100 kilometer dari Chengdu, ibu kota wilayah Sichuan.

Selain di wilayah Sichuan, angka korban juga tinggi di Gansu, Yunnan dan juga Chongqing yang berjiran dengan Sichuan, lapor Xinhua.

Pusat gegaran tertumpu di daerah Wenchuan di Sichuan dan kekuatannya telah menyebabkan bangunan-bangunan tinggi di seluruh China bergoyang.

Gempa bumi itu, yang berlaku pada pukul 2.28 petang (waktu sama di Malaysia), dirasai sejauh ibu negara Thailand, Bangkok yang jaraknya kira-kira 3,300 kilometer ke barat daya China.

Di Bangkok, bangunan-bangunan pejabat dilaporkan bergoyang beberapa minit.

Bangunan di ibu negara Vietnam, Hanoi, juga dilaporkan bergegar.

Perdana Menteri, Wen Jiabao terbang ke Chengdu, sebuah metropolis 10 juta penduduk yang terkenal kerana Pusat Penyelidikan Pembiayaan Panda Gergasi, lapor televisyen kerajaan.

Presiden Hu Jintao pula mengarahkan mangsa yang cedera diselamatkan dengan secepat mungkin, lapor agensi berita Xinhua.

Chengdu terletak kira-kira 2,090 kilometer ke barat daya Beijing.

“Semua bangunan bergoyang,” kata seorang pelajar universiti di bandar Wuhan di tengah negara ini.

Penghuni bangunan berkejar keluar dan sebuah bangunan setingkat roboh, katanya.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, satu gegaran susulan bermagnitud 6.0 berlaku pada 0643 GMT (2.43 petang waktu Malaysia) di sekitar lokasi sama dan satu lagi bermagnitud 5.4 pada 0734 GMT (3.34 petang waktu Malaysia).

Salah sebuah bangunan tertinggi di China, Menara Jinmao di Shanghai, serta beberapa bangunan tinggi lain diarah dikosongkan berikutan gempa bumi dan gegaran susuan.

Para pekerja pejabat di sesetengah bangunan kemudian dibenarkan masuk semula.
“Ada unit pendingin hawa terjatuh dari dinding dan pasu-pasu pecah.

“Pesakit di hospital dipindahkan ke kawasan lapang, bekalan elektrik dan isyarat telefon mudah alih terputus,” kata seorang penduduk di Mianyang, Sichuan.

– Reuters

Wednesday, May 7, 2008

Krisis akibat perubahan iklim semakin ketara

BULAN lalu, Suruhanjaya Tinggi British dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, mengadakan kerjasama kedua dalam tempoh enam bulan untuk melihat susulan perjalanan yang bakal ditempuh Malaysia selepas Persidangan Perubahan Iklim di Bali, Disember lalu. Satu hakikat yang diterima semua pihak di Bali dan menjadi tumpuan utama forum ialah di mana saja kita tinggal, semiskin atau sekaya mana kita pun, sebagai manusia - setiap seorang daripada kita akan menerima kesan daripada perubahan iklim ini.

Dalam erti kata lain, perubahan iklim adalah kemuncak ekspresi dalam kehidupan kita sebagai manusia yang saling bergantung. Lebih penting, tidak ada seorangpun boleh meluahkan perkataan: “Kita tidak boleh melakukan apa-apa kerana orang lain tidak bersedia untuk mengambil langkah pertama”.

Sikap menuding jari dan kelakuan ‘(kita akan ambil tindakan) selepas anda’ - akan memusnahkan kita semua. Setiap manusia perlu mengambil langkah pertama, yang mesti meliputi:

l Usaha mengurangkan pengeluaran gas global daripada tahap yang dicatat pada 1990; l Komitmen lebih serius daripada negara membangun;

l Mewujudkan satu pasaran global karbon, dengan meletakkan ‘harga tinggi’ kepada persekitaran yang buruk. Ini sekali gus menggalakkan manusia untuk melabur ke arah persekitaran yang lebih sihat;
l Perjanjian lebih adil ke atas perpindahan teknologi;
l Elakkan penebangan hutan secara besar-besaran;
l Sesuaikan pembangunan dengan persekitaran lebih sihat;
l Gandingan tenaga serta kewangan ke arah pembangunan lebih mesra alam;
l Satu perjanjian yang membabitkan seluruh negara dunia dan semua jenis pengeluaran gas; dan l Tanggungjawab sepenuhnya semua pihak untuk meleraikan kemelut yang semakin serius.

Keputusan penting selepas ini membabitkan rundingan dunia untuk menangani perubahan iklim ini akan diadakan di Copenhagaen (Denmark), pada Disember tahun depan. Usaha untuk mencapai semua perkara di atas, perlu dijadikan tanggungjawab seluruh umat manusia dalam tempoh dua tahun akan datang. Usaha melaksanakan semua tindakan ini mungkin lebih sukar daripada difikirkan. Lord Sterb, penulis jurnal Review mengenai kesan perubahan iklim ke atas ekonomi global, menegaskan bahawa penulisannya dalam jurnal itu sebenarnya tidak menggambarkan wajah sebenarnya skala krisis yang akan dihadapi manusia.

Bagaimanapun, kita tidak mampu untuk berasa lemah semangat, Sebaliknya, kita perlu bertanya apa yang akan dilakukan negara seperti United Kingdom untuk menghadapi cabaran ini terutama dalam ekonomi domestiknya?

Saya akan cuba memberi tumpuan kepada tiga perkara utama:
l Komitmen UK kini berada di landasan yang melampaui (hampir dua kali ganda) daripada yang digaris Protokol Kyoto;
l Kami mewujudkan cabaran lebih serius untuk mencapai matlamat domestik - mengurangkan pengeluaran karbon dioksida sehingga 60 peratus di bawah kadar pada 1999, menjelang 2050; dan
l Kami telah mengenal pasti keperluan untuk bergerak lebih jauh. Kerana itu Kerajaan UK membentangkan Rang Undang-undang Perubahan Iklim, yang akan memastikan Kerajaan British pada masa depan terikat secara perundangan untuk memenuhi sasaran domestik yang ditetapkan. Malaysia juga menghadapi cabaran tersendiri dalam menangani isu keselamatan iklim ini.

Hakikatnya ialah apa yang bakal berlaku di Malaysia, serta di kawasan lebih luas di Asia Tenggara, menjadi faktor amat penting kepada keselamatan iklim kepada kita semua. Kerana itu, saya amat mengalu-alukan sebarang tindakan Malaysia untuk menggubal dasar membabitkan perubahan iklim ini merentas semua kerajaan Asean.

Saya juga mengalu-alukan pembabitan lebih ramai masyarakat umum dan golongan perdagangan dalam agenda perubahan iklim di negara ini. Kami di UK, mengalami banyak pengalaman dalam perkara ini dan tidak menghadapi masalah untuk berkongsi pengalaman dengan Malaysia.

Melihat kepada agenda perubahan iklim antarabangsa, saya percaya Persidangan Bali menggariskan proses rundingan yang komprehensif, yang turut mengenal pasti negara membangun seperti Malaysia sebagai kunci utama dalam beberapa bidang, seperti perpindahan teknologi dan akses sumber kewangan.

UK juga mengalu-alukan keputusan di Bali untuk melancarkan program kerja di bawah Kumpulan Pakar UNFCCC membabitkan Perpindahan Teknologi (dipengerusikan Chow Kok Kee dari Malaysia) yang akan mengkaji cara dan langkah untuk meningkatkan kerjasama pembangunan dan perpindahan teknologi, terutama usaha untuk membiayai program seumpama. UK juga mengenal pasti keperluan untuk turut menyenaraikan usaha mengelak penebangan hutan secara besar-besaran pada perjanjian perubahan iklim pada masa depan. Bagi menyokong usaha ini, UK mengumumkan sumbangan 15 juta pound kepada Kemudahan Perkongsian Karbon Hutan, Bank Dunia.

Kami kini berpeluang membuktikan kemampuan dalam tempoh dua tahun akan datang untuk menangani tindakan demi untuk menjaga kepentingan bersama. Krisis iklim semakin hari semakin serius. Seluruh umat manusia perlu bekerjasama mulai sekarang demi untuk memiliki masa depan yang lebih sihat.

l Penulis ialah Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia.

Tuesday, March 25, 2008

Mensejahterakan sumber alam

Pengurangan jurang kaya, miskin mampu wujud keseimbangan BUKU Common Wealth: Economics for a Crowded Planet, karya terbaru Profesor Jeffrey D Sachs (2008), seorang profesor tersohor dalam bidang ekonomi dari Universiti Harvard memang wajar dibaca. Beliau yang juga penyandang Kursi Profesor Ungku Aziz di Universiti Malaya menulis buku itu ketika sebahagian besar masyarakat dunia menghadapi pelbagai cabaran dari segi keamanan, tenaga, alam sekitar, penyakit, peluang pekerjaan, dan urbanisasi.

Realitinya sebahagian besar penduduk dunia di negara miskin semakin tertekan di bawah paras kemiskinan dan dilatari pula peperangan. Rakyat di negara maju pula terus berkembang malah ramai sudah tersasar akibat limpahan kemewahan. Menurut Sachs, cabaran abad ke-21 ialah menangani realiti yang perlu dikongsi bersama dalam sebuah dunia semakin padat mencecah 6.6 bilion dengan ekonomi bersaiz AS$60 trilion setahun.

Dalam kepadatan itu, pelbagai konflik dan percanggahan berlaku. Pembahagian kekayaan semakin tidak seimbang, perbalahan serantau kian membimbangkan, migrasi desa ke kota berterusan, begitu juga dengan penularan penyakit dan jenayah.

Itulah sebabnya hampir seluruh komponen ekologi digembleng sepenuhnya, sama ada oleh si miskin yang mencari-cari sesuap nasi atau pengusaha kaya yang ghairah untuk menokok harta sehingga menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem. Dan itulah sebabnya di banyak kawasan, keupayaan menampung ekosistem semakin berkurangan sehingga tanah tidak lagi subur, atmosfera berjerebu dan sumber air pupus.

Bagi Sachs, sumber kekayaan dan sumber alam yang masih berbaki perlu dikongsi untuk membolehkan seluruh penduduk dunia menghayati kehidupan sejahtera tanpa penindasan, pertumpahan darah, pencemaran alam sekitar, apatah lagi penghakisan keupayaan menampung ekosistem. Jika ada penduduk dunia tertekan akibat kemiskinan maka mereka akan berusaha untuk keluar dari kancah kemiskinan termasuklah melakukan jenayah, mencetuskan suasana tidak selamat dan merosakkan komponen ekosistem.

Akibatnya, bukan saja keamanan tergugat bahkan seluruh keseimbangan ekosistem akan terjejas. Hal ini tidak terbatas kepada penduduk dunia di negara membangun dan miskin, malah akan turut dirasakan semua pihak tanpa mengira status, kedudukan ekonomi dan geo-politik. Ketidakseimbangan ekosistem misalnya bersifat global, misalnya dalam konteks peningkatan suhu bumi dan kepupusan kepelbagaian. Ini menggerakkan Sachs mendesak semua pihak, khususnya di kalangan pengusaha dan pembuat dasar untuk lebih prihatin dan komited melaksanakan pembangunan lestari. Hal ini bukan gagasan baru.

Pada 1987, Suruhanjaya Bruntal ditugaskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mencadangkan bentuk pembangunan lestari yang perlu dilaksanakan di seluruh dunia.

Laporan Bruntal, Our Common Future (1987) adalah dokumen asas akan pemikiran lestari. Pada 1997, Protokol Kyoto dimetrai mengenai inisiatif mengurangkan pelepasan gas rumah kaca di kalangan negara maju. Pada 2000, PBB melancarkan Matlamat Pembangunan Alaf Baru dengan tumpuan mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan peluang pendidikan.

Setiausaha Agung PBB ketika itu, Kofi Annan melancarkan revolusi hijau di Afrika pada 2003. Dan pada minggu ini, persidangan pasca Protokol Kyoto sedang dirundingkan di Makuhari, Jepun. Di kalangan pemimpin dan intelektual negara Islam pula, isu ini turut dibahaskan di pelbagai genre. Isu pokok tidak terhad kepada pembangunan ekonomi atau pengurusan alam sekitar. Ia turut merangkumi keseluruhan dimensi kehidupan membabitkan pembangunan, teknologi, saintifik, perundangan, sosial, agama dan falsafah hidup. Itulah juga dimensi yang disorot Sachs dalam buku terbarunya itu.

Dalam hal ini, saya mencadangkan - selepas kita menyaksikan suasana penuh dramatik dalam arena politik tempatan - agar sama-sama menilai semula dasar yang dilaksanakan selama ini pada peringkat nasional, negeri dan tempatan. Penilaian ini perlu kita lakukan sesuai dengan realiti sosiopolitik yang semakin rencam dan persekitaran sejagat semakin mencabar yang memerlukan pendekatan baru bukan konvensional.

Sebagai contoh, peningkatan harga minyak melepasi AS$100 setong memerlukan kita mengubah dasar dan amalan dari segi penjimatan tenaga. Sudah pasti penjanaan tenaga alternatif perlu disegerakan. Persaingan juga semakin hebat untuk menyediakan iklim pelaburan baru kepada pemodal antarabangsa yang memerlukan kita lebih kreatif dan inovatif. Pelabur asing nampaknya tidak lagi terpanggil hanya kerana insentif ekonomi yang menarik. Aspek pematuhan perundangan dari segi pengawalan pencemaran, harta intelektual, pengawalan jenayah dan modal insan berkualiti juga menjadi sandaran.
Pada hemat saya, dasar pembangunan sedia ada, termasuklah pasca Dasar Ekonomi Baru, memang baik dan sesuai dengan realiti tempatan. Namun demikian kita tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian semasa. Untuk membolehkan Malaysia terus menapak jauh bersaing dengan negara lain menjadi negara maju menjelang 2020, inisiatif perlu digembleng supaya persekitaran dan realiti semasa ditangani sebaiknya. Persoalan ini perlu digarap segera kerana pembangunan konvensional di serata dunia ternyata tidak menjamin kesinambungan pembangunan itu sendiri, serta menjejaskan pula keseimbangan ekosistem dan merosakkan struktur sosial masyarakat. Kemiskinan terus berleluasa, ketidakseimbangan sosial semakin lumrah. Sachs menjelaskan berleluasanya kemiskinan bukan disebabkan tidak ada program pembangunan dan pelaburan berbilion dolar, tetapi kerana tidak diasaskan konsep lestari. Lestari dalam konteks pembangunan ummah berkait rapat dengan penggunaan sumber alam, modal insan, sistem kewangan dan sosioekonomi. Komitmen kita terhadap kehidupan lestari boleh dinilai menggunakan analisis ecological footprint atau tapak ekologi. Analisis tapak ekologi bertujuan untuk mengukur permintaan sumber alam (tanah, air, mineral, kayu, bahan binaan, biojisim dan sebagainya) membandingkan terhadap keupayaan ekosistem untuk menghasilkannya semula (regenerasi). Tapak ekologi memberi anggaran keluasan tanah dan marin diperlukan pengguna apabila menggunakan sesuatu produk atau perkhidmatan berbanding keupayaan sumber alam menghasilkan semula sumber tersebut. Tapak ekologi tinggi menunjukkan kehidupan atau pembangunan yang tidak lestari. Bagi berkongsi hidup dalam sebuah dunia yang semakin tercemar dan padat, kita tidak punya banyak pilihan. Yang pasti setiap warga dunia yang mewah perlu mengurangkan tapak ekologi dan memberi peluang kepada si miskin untuk berkembang. Sesungguhnya, saya sehati dengan Sachs bahawa abad ke-21 ini akan menyaksikan banyak asas ekonomi konvensional tidak lagi relevan.

Prof Datuk Dr Zaini Ujang ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia

Wednesday, January 30, 2008

MENIKMATI pemandangan indah Lembah Danum di titi gantung Borneo Rainforest Lodge setinggi 40 meter
PENGINAPAN dalam rimba menjanjikan ketenangan

Suara unggas menceriakan perjalanan merentasi titi gantung
MELANGKAH atas titi gantung sepanjang 100 meter di atas pokok yang mencecah ketinggian 40 meter di hutan Lembah Danum, Lahad Datu menjanjikan pengalaman indah biar pun terasa gayat. Pada jarak 50 meter pertama, titi yang merentangi Sungai Danum itu setinggi 35 meter dan meningkat kepada 40 meter pada laluan 50 meter kedua yang merentangi Hutan Simpan Ulu Segama Malua.
Di pertengahan laluan, pengunjung terpaksa mendaki pokok balak dianggarkan berusia lebih 100 tahun yang dilengkapi tangga besi setinggi lima meter, sebelum perjalanan di atas titi diteruskan. Kehijauan alam semula jadi dipenuhi panorama rimba dan sungai memberi ketenangan dan dengan sendirinya mengurangkan rasa gayat. Suara unggas, termasuk burung bekia (bulwer's pheasant), rusa dan Orang Utan menambah keceriaan perjalanan di atas titi, biar pun kelibat haiwan berkenaan tidak kelihatan.
Pegawai Program Biologi Lapangan (Orang Utan, Badak dan Gajah) Tabung Hidupan Liar (WWF-Malaysia), Lee Shan Khee mengesahkan ia adalah suara haiwan berkenaan.
Pengembaraan di atas titi mengambil masa antara 10 hingga 15 minit, tidak termasuk kegiatan merakamkan gambar keindahan alam semula jadi persekitaran destinasi menawan itu. Pengunjung tidak perlu bimbang ketika melangkah di atas titi itu kerana ia menepati ciri keselamatan ditetapkan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Kira-kira 20 kilometer dari titi berkenaan ada Pusat Maklumat Alam Semula Jadi dan Pendidikan Alam Sekitar Shell Malaysia.

Pengunjung boleh mendapatkan maklumat mengenai flora dan fauna Hutan Simpan Ulu Segama Malua, termasuk spesies Badak Sumatera yang berhadapan dengan kepupusan yang menjadikan hutan berkenaan sebagai habitatnya.
Perjalanan di atas titi dan pusat maklumat berkenaan adalah sebahagian daripada pakej pelancongan disediakan Borneo Rainforest Lodge (BRL) Lembah Danum milik Kumpulan Yayasan Sabah, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC). BRL Lembah Danum menyediakan penginapan dalam rimba yang menjanjikan ketenangan kepada pengunjung, termasuk mereka yang memilih untuk meniti di atas titian berkenaan.
Bagaimanapun, setiap kediaman eksklusif yang pernah memenangi `Anugerah Destinasi Pelancongan Baru Asia' pada 1996 itu hanya sesuai didiami dua pengunjung pada satu masa. Reka bentuk fizikal kediaman itu mirip rumah kampung pada struktur luar tetapi di dalamnya sama seperti kemudahan hotel mewah.
Penulis bernasib baik kerana sempat memerhatikan seekor ibu burung bekia bersama tiga anaknya di sekitar kediaman itu, selain seekor rusa dan kucing hutan (cibet) tetapi gagal merakamkan hidupan liar berkenaan. Pengunjung boleh memilih mandi air dingin dari sumber air mineral Sungai Danum atau air panas selepas mengembara di atas titi gantung atau berkunjung ke Pusat Maklumat Alam Semula jadi dan Alam Sekitar.
Lembah Danum bukan saja menjadi habitat semula jadi hidupan liar hampir pupus, malah menyediakan pakej berjalan di atas pokok yang pasti meninggalkan nostalgia indah yang sukar dilupakan.
FAKTA

Hutan Simpan Ulu Segama Malua yang menempatkan BRL Lembah Danum adalah hutan simpan kerajaan negeri berstatus Kelas Satu yang dilindungi daripada kegiatan pembalakan.
Lembah Danum dalam kawasan Hutan Simpan Ulu Segama Malua, Lahad Datu mempunyai keluasan 43,000 hektar. Ia menjadi habitat semulajadi lima hingga tujuh ekor badak Sumatera dan ada 12 kubang haiwan liar itu di situ.

Ada 22 unit perangkap video dan kamera dipasang di sekitar Lembah Danum untuk merakam pergerakan badak Sumatera untuk melindungi dan mempertahankan habitat semulajadinya.
Dianggarkan badak Sumatera yang mendiami Lembah Danum dan hutan lain di Sabah akan pupus dalam tempoh lima tahun akan datang jika tiada langkah menyelamat dan melindunginya. Bagaimana ke sana?

Pengunjung boleh menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Tawau, seterusnya menaiki kenderaan pacuan empat roda ke Lembah Danum, Lahad Datu pada jarak 228 kilometer (km).

Ada penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Lapangan Terbang Lahad Datu menggunakan pesawat Fokker MasWing atau dari KKIA ke Lapangan Terbang Tawau.

Bagi mereka yang memilih menggunakan kenderaan pacuan empat roda dari Kota Kinabalu, perjalanan sejauh 500 kilometer mengambil masa kira-kira 10 jam.

Laluan sejauh 77 kilometer dari persimpangan Jalan Lahad Datu-Tawau-Kota Kinabalu ke BRL adalah batu kelikir dan jalan balak.

Bagi mereka yang menggunakan kenderaan persendirian, kebenaran memasuki BRL Lembah Danum boleh diperoleh di Pejabat Daerah Lahad Datu.

Thursday, January 24, 2008

Peluang besar dalam perusahaan nurseri flora

TUJUH tahun menimba pengalaman bersama majikan berbangsa asing dalam bidang bunga dan landskap menjadikan Abdul Halim Ali, 35, pengusaha nurseri flora dari Masjid Tanah, Melaka nekad membuka perniagaannya sendiri dalam bidang berkenaan. Nurseri yang diberi nama Flora GDW Seri Mastana yang mula dibuka sejak April tahun lalu adalah satu-satunya nurseri yang menjanjikan kelainan kerana menampilkan tumbuhan spesies eksotik yang jarang ditemui di negara ini. Nurseri yang terletak bersebelahan Pusat Gunasama Persatuan Ibu Tunggal Seri Mastana (PITSM) di Masjid Tanah itu sentiasa dikunjungi penggemar dan pencinta flora bagi mendapatkan pelbagai spesies bunga, tumbuhan liar, herba serta tanaman hiasan.
Tumbuhan eksotik seperti spesies ‘helicornia’ atau sepit udang dari Papua New Guinea dan benua Amerika adalah pokok hiasan bersaiz tiga hingga lima meter yang paling banyak dibiakkan dengan teknik semaian ada di Flora GDW Seri Mastana. Ia mempunyai kuntuman bunga pelbagai warna termasuk memiliki daya tarikan daun berwarna-warni. Selain itu, pokok landskap seperti maniltoa, saraka, pokok buah, tumbuhan liar seperti pokok lokan, pokok putat, paku-pakis serta orkid hutan cukup untuk menarik ramai peminat flora bertandang ke situ, sekali gus menjadikan nurseri terbabit berbeza daripada nurseri lain di daerah ini. Tidak dipinggirkan, tumbuhan herba seperti kacip fatimah, tongkat ali, gaharu, mas cotek, ginseng Malaysia dan tumbuhan rempah ratus seperti cengkih, kayu manis, pokok pala, serai wangi dan pokok ‘golden chain’ atau rantai emas juga boleh diperoleh dengan mudah di nurseri berkenaan.
Menyingkap pembabitan awalnya dalam industri itu, Abdul Halim berkata, beliau mengeluarkan modal RM30,000 untuk mewujudkan sebuah kawasan tapak semaian di Kelemak, Alor Gajah dan kemudian berjaya menghasilkan sebanyak 18,000 anak pokok pelbagai tumbuhan. Menyedari minatnya yang mendalam dalam seni landskap dan dekorasi, Abdul Halim kemudian mengorak langkah setapak lagi apabila ditawarkan untuk membuka nurseri di atas sebidang tanah lot milik PITSM yang diusahakan bersama dengan konsep keuntungan 70-30. Selain itu, bantuan sebuah rumah bunga yang diberikan Jabatan Pertanian Melaka dianggap satu rahmat kerana ia boleh menempatkan kira-kira 5,000 tumbuhan dan bunga-bungaan dengan lebih selamat daripada sebarang cuaca yang tidak dijangka. Dianggarkan, sehingga kini ada lebih 500 jenis tumbuhan, bunga dan kaktus berasal dari Tanah Tinggi Cameron menjadi koleksi menarik untuk dijual di nurseri berkenaan.
Harga tumbuhan yang dijual adalah berpatutan dan berdasarkan harga pasaran iaitu bermula serendah RM2 hingga RM50 mengikut jenis tumbuhan. Abdul Halim berkata, nurseri yang diusahakannya itu dibuka setiap hari bermula dari jam 9 pagi hingga 7 malam, manakala cabaran utama yang dihadapinya ialah untuk menanam pokok eksotik kerana beliau terpaksa berdepan faktor cuaca dan serangan serangga perosak. Malah, beliau juga terpaksa memberi perhatian secukupnya kepada sesetengah tumbuhan seperti helicornia memerlukan cuaca panas jika mahu bunga yang dikeluarkan kelihatan cantik. “Walaupun belum mencapai usia setahun mengusahakan nurseri, saya mampu berbangga kerana baru-baru ini nurseri ini berjaya membekalkan sejumlah 5,000 pokok 'golden chain' kepada kerajaan negeri untuk ditanam di sepanjang Sungai Melaka, sebagai penyeri kawasan lantaran keunikan pada bentuk daun dan bunganya. “Hasil titik peluh yang diusahakan bersama keluarga terutama ibu saya, Zainab Abdullah, 57, yang juga ahli PITSM, kini memberi pulangan besar apabila mampu memperoleh pendapatan mencecah RM10,000 sebulan, sekali gus mengubah kehidupan kami sekeluarga,” katanya. Abdul Halim juga yakin bidang yang diusahakannya itu mampu memberikan satu kelainan dan keceriaan kepada sesebuah taman selain menghidupkan lagi suasana sesebuah kediaman. Katanya, pelanggan yang membeli tanaman di nurseri itu akan diberikan tip dan kaedah serta teknik penjagaan tumbuhan itu. Malah, pembeli juga boleh mendapatkan bekalan pasu dan baja organik dalam bentuk cecair atau baja campuran. Di samping itu, mereka juga boleh mendapatkan perkhidmatan landskap dan bekalan anak benih bunga untuk ditanam sendiri yang dibekalkan di nurseri berkenaan. “Dengan menyahut seruan kerajaan bahawa pertanian adalah satu perniagaan, saya percaya sektor pertanian kini berpotensi besar dan boleh dijadikan sumber pendapatan menguntungkan jika diusahakan secara meluas dan komersial sebagai perniagaan yang bersifat intensif dan berdaya saing,” katanya. Usaha pengusaha muda itu tidak terhenti setakat itu saja kerana Abdul Halim kini bercadang untuk menghasilkan pelbagai produk berasaskan tumbuhan eksotik pada masa akan datang.

Manusia semakin merosakkan alam

MANUSIA merubah alam lingkungannya. Perkara ini sudah dilakukan sejak manusia dicipta Allah s.w.t. lebih sejuta tahun lalu. Tahap demi tahap hidup, manusia sering merubah alam ini hingga memudarat dirinya sendiri. Perbuatan merosak alam oleh manusia sering dilakukan.
Jumlah penduduk dunia yang lebih daripada enam bilion, mempunyai kesanggupan membuat kemusnahan hampir tidak dapat diterima alam.
Dulu manusia cuma hidup mengumpul tanaman yang sedia ada, berburu binatang liar dan ikan. Hingga suatu ketika manusia menemukan api. Api dapat digunakan untuk mengusir binatang buruan dan memasak makanan.
Penemuan api ini adalah bermula pencemaran dilakukan oleh manusia. Manusia beruntung kerana bila hutan dibakar, diganti padang rumput yang menyokong tanaman lain dan jumlah tanaman dan binatang turut bertambah.
Padang rumput ikut tumbuh untuk ternakan dan menyekat tumbuhan pokok-pokok besar menjadi hutan.
Manusia belajar menyimpan makanan untuk binatang peliharaan dan makanannya sendiri. Mereka belajar menyimpan makanan yang dituai. Akhirnya desa dan bandar-bandar dibangun dan tanah pertanian diperlukan.
Saluran untuk pengairan dan empangan dibina. Abad lalu masalah tanah adalah ciptaan manusia yang memusnahkan pokok yang mengakibatkan hakisan tanah dan munculnya padang pasir. Pokok ditebang atas nama pembangunan.
Pemimpin zaman lampau hingga zaman ini memikirkan bahawa pembangunan adalah dengan membina bangunan batu untuk manusia menghuninya.
Sebenarnya manusia sudah lama memusnah alam dengan menebang hutan, membuat kotor. Manusia Neolitik mula mengotorkan alam dengan api. Kotoran, asap, jelaga, lumpur sudah lama wujud atas buatan manusia.
Justeru perkembangan peradaban kononnya maka lebih banyak alam ditimpa bencana.
Dengan pertumbuhan bandar-bandar besar, manusia memerlukan makanan dan produksi makanan dibuat. Kilang-kilang dibangunkan.
Sungai menjadi tempat membuang sisa-sisa toksik yang merupakan pengotoran air dan udara.
Dimensi lain adalah manusia turut membakar fosil untuk mendapat tenaga. Eksploitasi tanah merubah parahnya alam. Abad 20, minyak dari perut bumi memainkan peranan penting sebagai tenaga. Mesin-mesin di kilang melepaskan kotoran di lingkungan kehidupan manusia bermastautin.
Sebenarnya manusia masih wujud di bumi ini adalah anugerah daripada Allah s.w.t. walaupun sekelilingnya merupakan alam yang beracun.
Tiga dekad terakhir ini manusia begitu tamak dan lalai mengejar kemajuan dengan merosak akan tempat mereka sendiri menghuni.
Pertambahan penduduk turut menghancurkan tanah pertanian yang berkualiti. Kajian yang dibuat di Amerika Utara dan Amerika Selatan menunjukkan lapangan tanah yang merupakan peninggalan zaman purba. Secara fizik permukaan bumi benua Amerika Selatan telah berubah. Di Mexico yang merupakan bekas ladang yang subur tetapi hari ini Mexico terpaksa mencari air dari tempat lain. Peradaban di Guatemala adalah merupakan peradaban kaum Maya yang memberi sumbangan pada daerah tersebut pada waktu itu tetapi saat ini musnah.
Kemungkinan besar nasib manusia ini tidak akan bertahan lama. Membuang sisa produksi dan sisa-sisa bekas adalah keterlaluan dilakukan oleh manusia. Kepadatan penduduk yang terlalu cepat hingga hari ini adalah cukup sukar untuk mendapat suatu lingkungan yang bersih.
Seratus tahun terakhir ini manusia sudah memaksa bumi menerima bahan-bahan kimia yang sulit untuk diterima seperti plastik, antibiotik, radioaktif, sisa pencuci, karbon dioksida.
Produksi bahan-bahan kimia belum berakhir. Belum ada satu kajian pun mengenai berapa banyak gas oksigen yang dibakar di negara ini dan berapa banyak oksigen yang diperlukan oleh untuk pernafasan dalam sehari?
Berapa banyak oksigen yang dibawa dari atmosfera lain ke negara ini? Di dalam ruang udara sudah tercatat lebih daripada 3,000 bahan kimia asing yang dihasilkan.
Udara di bandar-bandar besar dipenuhi oleh jerebu, debu halus, partikel-partikel getah hasil daripada pembakaran tayar getah dan asbestos yang semuanya adalah memberi implikasi kepada kesihatan manusia.
Cerobong asap dari kilang-kilang yang menghala di udara merupakan karbon monoksida, sulfur dioksida dan nitrogen. Semua bahan-bahan ini adalah memberi kesan pada kesihatan manusia.
Ahli ekonomi menyarankan perusahaan mesti tumbuh. Ahli politik bangga dengan pertumbuhan Keluaran Negara Kasar naik antara empat ke lima peratus tiap tahun dan kita tidak menghiraukan produksi sampah per kapita tumbuh dengan kecepatan yang hampir sama.
Kapasiti tenaga elektrik mesti ditingkatkan dengan 10 peratus setiap tahun dan kita lupa tenaga tersebut mesti dicampakkan ke ruang udara sebagai udara panas. Tugas manusia yang paling penting adalah menyelamat alam lingkungannya. Kerjasama erat antara pemikir-pemikir dalam bidang fizik, biologi, sosiologi, ekonomi, politik dan lain-lain ilmu akan membantu hasrat ini.
Di negara maju ramai orang yang mula mencampuri menyelesaikan masalah penting ini. Semoga masih ada waktu yang tinggal untuk kita memperbaiki keadaan ini.

PROF. DR. BUKHORY ISMAIL ialah pensyarah Pengajian Media dan Komunikasi Universiti Teknologi Mara.