Monday, October 25, 2010

70 peratus pencemaran sungai akibat najis manusia


SUKAR mendapat kerjasama daripada pemilik tanah untuk membina kolam kumbahan menjadi antara masalah yang perlu ditangani oleh penyelenggara sistem pembetungan. Kebanyakan pemilik tanah enggan menjual atau menyewakan tanah mereka menyebabkan beberapa perancangan oleh syarikat gagal dilaksanakan. Pada masa sama, kerajaan sudah membelanjakan RM1.64 juta untuk tujuan pengambilan balik tanah untuk projek pembetungan di Semenanjung. Itu adalah sebahagian daripada peruntukan 2006 dan proses ini memakan masa dan kos kian meningkat saban tahun.


Menyedari pentingnya perkhidmatan pembetungan diswastakan, kerajaan menyerahkan pengurusannya kepada Indah Water Konsortium (IWK) pada 1993. Tugas utama syarikat ini ialah merancang, mereka bentuk, membina dan menyelenggara perkhidmatan pembetungan di kawasan setempat dengan kebenaran mengenakan tarif kepada pengguna.

Penswastaan sistem pembetungan negara hampir mengalami kegagalan kerana kebanyakan pengguna enggan membayar bil yang dianggap sebagai satu perkhidmatan yang mereka tidak boleh lihat mahupun rasa. Pada dasarnya, sistem pembetungan seharusnya disatukan dengan kitaran perkhidmatan air. Memisahkan pengurusan merumitkan urusan pentadbiran dan ini adalah antara tugas kerajaan di bawah rejim baru pengurusan air demi memastikan pengguna bakal membayar hanya satu bil saja pada masa depan. Setakat ini, projek Perkhidmatan Pembetungan di bawah RMKe-9 membabitkan 11 projek baru dan 47 projek sambungan dengan kos keseluruhan sebanyak RM3.012 bilion. Pada 2006, sebanyak RM754 juta dibelanjakan daripada peruntukan 2006 yang berjumlah RM759.4 juta iaitu 99 peratus untuk projek pembetungan negara. Chin Yoong Kheong dalam bukunya, The Water Tablet Malaysian Water Reforms, mendedahkan setakat ini, 65 peratus daripada lima juta meter padu kumbahan yang dihasilkan sehari di Malaysia dihumban ke dalam sungai. Akibatnya 70 peratus daripada pencemaran sungai adalah najis manusia. Menjadi tugas IWK untuk memastikan perkara ini tidak berlaku. Namun kelemahan sistem pentadbirannya jelas apabila timbul tiga masalah utama yang dilihat mengancam kelancaran pengurusan dalam perkhidmatan itu. Pertama, kegagalan menyedarkan pengguna mengenai pentingnya mereka memahami perkhidmatan pembetungan adalah satu bentuk perkhidmatan yang tidak boleh dilihat atau dirasai. Kedua, kebanyakan pengguna tidak mahu membayar bil perkhidmatan pembetungan hanya kerana mereka berasakan tidak terbabit secara langsung dengan perkhidmatan itu. Kebanyakan pengguna tidak menyedari sistem saluran paip air bawah tanah di rumah mereka sebenarnya berhubung terus ke loji rawatan air. Pengasingan dilakukan antara sisa utama tetapi cecair tetap dialirkan ke loji rawatan air untuk dirawat. Ketiga, tunggakan bil perkhidmatan yang tidak dijelaskan oleh pengguna mengakibatkan IWK berdepan dengan masalah kewangan dan ini membantutkan usaha mereka untuk memberikan perkhidmatan terbaik. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui, baru-baru ini, berkata IWK sedang menangani masalah itu dan berusaha untuk memulihkan kedudukan kewangan syarikat. Katanya, rakyat sebagai pengguna mempunyai peranan besar dalam memastikan sistem pembetungan ditingkatkan dan menjelaskan bil pembetungan adalah satu kerjasama terbaik, demi memastikan alam sekitar negara tidak tercemar hanya kerana kita gagal mengurus sisa kumbahan sendiri.

Sunday, June 27, 2010

Kesan pemanasan global terhadap industri padi

Kesan pemanasan global terhadap industri padi


2010/06/28

Persidangan Padi Kebangsaan bincang strategi elak krisis bekalan beras 2008 berulang

KESAN pemanasan global dan perubahan cuaca dunia kepada industri padi negara adalah antara topik yang akan dibincangkan pada Persidangan Padi Kebangsaan yang akan berlangsung di Lumut, Perak, bermula hari ini hingga 30 Jun 2010.

Selain itu, penggunaan lestari dalam industri padi akan turut dibincangkan oleh peserta persidangan yang dibuka kepada mereka yang terbabit secara langsung dan berkaitan dengan industri berkenaan.

Timbalan Pengarah Agronomi dan Sistem Pengeluaran, Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri, di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr Sariam Othman, berkata persidangan kali kedua yang diadakan selepas hampir 10 tahun tidak diadakan itu juga akan membincangkan secara terperinci usaha bagaimana pengeluaran padi dan beras negara dapat ditingkatkan.

Katanya, ketika ini, tahap sara diri beras negara adalah sekitar 72 peratus, manakala 28 peratus lagi bergantung kepada import beras dari luar negara.

“Kebergantungan kepada import sebenarnya amat berbahaya untuk keselamatan bekalan padi dan beras negara walaupun ia hanya di bawah 30 peratus. Kita tidak mahu krisis bekalan berulang seperti yang pernah terjadi pada 2008. Malaysia menetapkan tahap sara diri beras negara berada pada kadar 90 peratus.

“Pada tahun berkenaan, bukan hanya Malaysia menghadapi kekurangan bekalan tetapi seluruh dunia yang menjadikan beras makanan ruji mereka turut merasai kesannya.
“Krisis itu berlaku akibat kesan pemanasan global serta perubahan cuaca. Pada waktu itu, negara pengeksport tidak dapat memenuhi keperluan beras dunia kerana mereka juga harus memastikan bekalan mencukupi untuk kegunaan dalam negara masing-masing,” katanya.

Berdasarkan jangkaan penganalisis industri padi dunia, kesan pemanasan global dan perubahan cuaca menyebabkan beberapa penyakit baru dan pertambahan kerosakan padi akibat kemunculan serangga perosak.

Masalah penyakit dan serangan serangga perosak itu jika tidak ditangani dengan berkesan akan menyebabkan bekalan padi dan beras dunia terjejas dan ia sudah tentu menyebabkan kenaikan harga yang bakal membelenggu negara yang sangat bergantung kepada beras.

Dr Sariam berkata, selain masalah penyakit kesan pemanasan global dan perubahan iklim dunia, beliau menjangkakan antara krisis bekalan air kepada industri padi akan mendapat perhatian ramai.

Ini kerana, katanya krisis air jika tidak ditangani dengan betul akan memberi kesan teruk kepada industri padi kerana 75 peratus air diperlukan untuk penanaman padi.

“Persidangan kali ini akan mendedahkan peserta dengan penemuan dan usaha baru pelbagai institusi penyelidikan termasuk MARDI terhadap padi baru yang tidak terlalu bergantung kepada bekalan air.

“MARDI sendiri akan mengetengahkan penanaman padi Aerob iaitu padi yang tidak memerlukan banyak air untuk proses penanaman dan padi ini mampu mengeluarkan hasil lebih tinggi. Pengeluaran padi Aerob boleh ditingkatkan kepada lima hingga enam tan sehektar.

“Padi Aerob sudah berjaya ditanam di China dan Brazil sejak 10 tahun lalu dan padi ini sudah diperkenalkan di Malaysia pada 2005. Padi ini boleh ditanam seperti penanaman jagung dan boleh ditanam di luar musim (luar waktu musim hujan).

“Kita sudah pun menanam padi ini pada peringkat ladang di Kelantan dan stesen penyelidikan padi MARDI di Seberang Prai dan kini sedang berusaha mendapatkan jenis baru yang sesuai dengan cuaca di negara ini,” katanya.

Persidangan Padi Kebangsaan kali ini dijangka dihadiri 300 peserta dalam pelbagai bidang termasuk pelajar universiti dalam bidang penyelidikan dan pembangunan padi negara.

Dengan tema ‘Mengukuhkan Keselamatan Makanan Menerusi Pengeluaran Beras Mapan’, persidangan kali ini dijangka turut dihadiri wakil Institut Penyelidikan Beras Antarabangsa (IRRI) di Manila, Dr K L Hiong, yang akan menyampaikan ucaptama mengenai isu kelestarian dan kepelbagaian bio dalam industri padi.

Selain membincangkan isu dan cabaran industri padi, objektif persidangan adalah untuk mendapatkan maklumat terkini dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) industri padi dan beras.

Malah, persidangan kali ini akan dijadikan forum untuk penyelidik, pihak yang berkaitan dalam industri membincangkan cabaran dan masa depan industri padi dan beras, selain meningkatkan jaringan serta kerjasama institusi penyelidikan dan agensi yang relevan dengan pengeluaran padi.

Mengenai penggunaan lestari dalam industri padi, Dr Sariam menjelaskan ia adalah antara topik yang penting dan perlu diberi perhatian serius kerana ia juga berkait rapat dengan isu pemanasan global dan perubahan cuaca dunia.

Penggunaan lestari bererti penggunaan perkhidmatan atau produk bagi pengeluaran padi dan beras perlu memenuhi keperluan asas dan membolehkan kita menjalani kehidupan yang berkualiti. Pada masa sama, ia dapat mengurangkan penggunaan sumber asli serta bahan toksik dan pelepasan sisa serta bahan pencemar sepanjang kitar hayat supaya tidak menjejaskan keperluan masa depan generasi akan datang.

“Kesedaran umum mengenai penjagaan alam sekitar dan pertambahan penggunaan racun biologi serta kawalan biologi menyebabkan isu kelestarian dalam industri padi semakin penting. Kita percaya isu ini akan terus dibincangkan pada mana-mana persidangan padi pada peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya.

Wednesday, April 14, 2010

Miner beetles strike again

NOT WELL: The discoloured nipah palm fronds is a sure sign of coconut leaf miner infestation

April 11, 2010, Sunday


Chai Sue Yee, a coconut farmer in Bako a coastal village near Kuching, is a worried man these days because the miner beetles are back, and with vengeance after a lapse of 10 years.

The proliferation of the beetles spells trouble for him and his fellow farmers.

The adult beetle (reddish brown, 7 – 9 mm long) feeds on the spongy tissue of the leaves by biting a series of grooves on the lower side of leaves. The larva feeds and mines inside the leaves from the lower side as well.

The first sign of trouble for the coconut farmers was the invasion of worms in a nearby village Muara Tebas towards the end of last year.

The creepy crawlies were actually the larvae of the miner beetles and Chai recalled seeing them all over the place even on the dining table when he visited friends in Muara Tebas late last year.
Then there was the telltale sign of palm fronds which looked like they had been licked by fire leaving them appearing burnt and shrivelled.

Chai knew the portends were no good, he had seen these signs before and it could only mean an infestation of the miner beetles.

“The same thing happened in 2000, during that time the Agriculture Department used helicopters to spray insecticide,” he said.

He remembered the chemical used was so potent that it could even kill birds flying around the affected area. So far the invasion of this dreaded insect is confined to the southern part of the state.

Although coconut farmers there are worried, they are not throwing up their arms in despair yet. There is a good reason for them to be optimistic they could weather the infestation because this time round the State Agriculture Department is better prepared to combat the invasion of the miner beetles.

The State Agriculture Department divisional head Michael Ranges said that they had learnt valuable lessons from the last attack 10 years ago and they were not about to press the panic button.

“It is an infestation which normally occurs in the environment which had been infested previously like in Samarahan, Kuching, Bako and Sri Aman,” he said adding there seemed to be a 10-year cycle in the population explosion of the pest.

Michael’s main concern is the excessive use of pesticides by farmers in trying to rid the beetles as the chemicals could cause severe damage to the environment.

The department had learnt a painful reason when it resorted to using helicopters to spray chemicals on the affected areas to kill the beetles in a futile effort to end the infestation 10 years ago.

Michael recalled the cost for the operation ran into millions of ringgit but the effect was minimal as not all the beetles were wiped out and continued to breed after the spraying while damage to the environment was extensive.

If chemical were to be used this time Michael said it would be more localized and done by the farmers themselves.

“Smaller spraying operation can be done by the coconut farmers themselves as they were already provided with the equipment and chemical.”

The last resort would be trunk injection which is potentially dangerous and may cause other effects to the plant and other living organism in the area.

The agriculture officer speculated that there might had been some disturbances in the environment which caused the miner beetle population to explode now.

“It could be caused by climatic condition and its effect to the environment, we are still studying the situation,” he said.

However, Michael believed that nature would heal itself as the beetle had its own natural enemy, a tiny wasp that fed on the beetle’s eggs and larvae, and that with plenty of food the wasp population would increase and bring down the population of the beetles to its natural level.

The good news is this natural way of ending the infestation had happened in the Kota Samarahan area where the situation has returned to normal without the use of harmful pesticides.

The Department’s entomologist Megir Gumbek said: “We have been monitoring the situation in the field and there is a high population of the beneficial wasp, (Pediobius sp.) which parasitises on the larval stages.”

Based on her observation, the infestation was not worrying and the damage wreaked by the beetles so far has not been very severe except for the unusual burnt appearance of the coconut fronds.

However, the impact of natural healing is not immediate. “The good wasp population takes a while to build up; it may take two to three years before the situation will be normal again,” Megir said.

Another reason to be positive about miner beetles attack is that the damages they inflict are not permanent. From past experience palms like coconut and nipah affected had regenerated and regain full health after the beetles population dissipated.

Presently the symptoms of the beetles’ infestation can be seen on the fronds of nipah and coconut which appeared burnt around the Bako — Sejingkat area in Kuching District .

“The beetle is commonly known as coconut leaf miner, Promecotheca nuciferae (Coleoptera : Hispidae). This particular problem occurred in Samarahan and Kuching District from 1995 to 1997 on a larger scale. It was more serious then, affecting about 28,000 hectares of coconut, nipah and other ornamental palms,” Megir said.

In serious infestations, she said the leaf tips turn brown and curl downwards making the leaves look like they had been scorched by fire.

The entomologist said Nipah was the primary host while the other palms were the secondary hosts. “This pest is indigenous here and it is normally seen as a minor pest of palms.”

Megir agreed with Michael that another possible cause of the infestation could be the destruction of the nipah forest in the area which forced the beetles to migrate to coconut farms to breed.
However, another coconut farmer in Bako who wished to be only known as Kong said the condition seemed to be bad as the whole coconut trees were dying.

“We’ve already sought help from the Agriculture Department; they gave me 10 bottles to hang on coconut trees,” he said. He believed the bottles contained the wasp larvae which when fully grown would be the beetles’ natural enemy.

He said it seemed to work as the coconut trees were becoming better with the leaves returning to green adding that the infestation of his farm started four to five months ago.

“Luckily during the infestation the coconut trees were already bearing fruits,” said Kong and he and his workers were able to pick the fruits thus their income was not totally disrupted.

Local ‘gula apong’ makers who collect nectar from the wild nipah palm are also affected. One of them said her income of RM200 a month from collecting the flower nectar to make the sugary condiment has now diminished.

Sadly for her and her fellow collectors there is no help from the Agriculture Department as the nipah palms are not cultivated and so are not under its purview.

Perhaps the wasps would come to their rescue.

Tuesday, April 13, 2010

Hukuman tegas mampu capai sasaran sifar beg plastik

PENGGUNAAN beg plastik dalam pelbagai aktiviti khusus untuk memuatkan barangan yang dibeli di gedung beli-belah, pasar raya dan kedai sudah menjadi amalan biasa sejak berkurun lamanya. Kesedaran masyarakat terhadap sifar penggunaan beg plastik masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan negara maju untuk memastikan planet ini bebas daripada sebarang pencemaran alam sekitar.

Hakikatnya, apa saja bahan berunsur plastik bukan saja mengambil masa berpuluh-puluh tahun untuk dilupuskan, malah boleh menjejaskan kesihatan, selain memerlukan kos yang tinggi bagi tujuan pelupusan

Kempen ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ di beberapa negeri sudah dilancarkan dan ia masih terlalu jauh untuk mencapai sasaran sifar terhadap penggunaannya. Pada masa sama, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sudah menggiatkan kempen kesedaran kepada masyarakat supaya mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan plastik dalam usaha melindungi alam sekitar

Kementerian juga akan menggunakan peruntukan mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 untuk diwajibkan supaya bahan boleh dikitar semula seperti plastik diasingkan daripada sisa pepejal lain.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukim ketika ditemui baru-baru ini, menjelaskan kementerian sedang menumpukan perhatian serius isu berhubung penggunaan beg plastik dengan meningkatkan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta bagi menangani masalah penggunaan beg plastik yang berleluasa.

Katanya, pada masa ini kementerian juga mengambil pendekatan untuk memastikan beg plastik diguna atau dikitar semula.

“Bagaimanapun, kita sedang menunggu penguatkuasaan Akta 672 diwartakan. Mengikut akta itu, ada peruntukan tertentu untuk menangani masalah beg plastik seperti memastikan isi rumah dan pihak berkaitan mengasingkan sisa pepejal yang boleh dikitar semula daripada sisa pepejal lain.
“Di samping itu, peruntukan seperti sistem terima balik dan sistem bayaran balik deposit yang ada dalam akta itu boleh digunakan pada masa akan datang untuk menangani isu beg plastik,” katanya.

Beberapa peruntukan di bawah Akta 672 untuk pelbagai kesalahan berkaitan dengan aspek pengurusan sisa pepejal, juga akan menjadikan masyarakat lebih berhati-hati untuk menggunakan bahan berunsurkan plastik.

Sebenarnya, ada peruntukan mewajibkan orang awam mengasingkan sisa pepejal. Sebagai contoh mengikut perenggan 101(1)(a), menteri menghendaki mana-mana penghasil sisa pepejal mengurangkan penghasilan pepejal terkawal mengikut apa-apa cara atau kaedah. Mereka gagal patuhi peraturan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Taklimat sudah diberikan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada Jemaah Menteri baru-baru ini berhubung pelaksanaan penswastaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam seluruh negara serta penguatkuasaan Akta 672.

Seterusnya, kementerian akan membentangkan perkara ini di dalam mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) pada Jun ini sebelum keputusan daripada MNKT akan dibawa ke Jemaah Menteri.

Lajim begitu optimis menangani isu sisa pepejal itu, termasuk mengurangkan penggunaan beg plastik kerana menerusi akta berkenaan ada klausa tindakan dikenakan terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan.

“Selepas akta itu dikuatkuasakan ia akan memberikan impak besar terhadap misi kita. Saya lihat tahap kesedaran masyarakat masih rendah khususnya di luar bandar berbanding di bandar,” katanya.

Oleh itu, kementerian bercadang melancarkan Hari Tanpa Plastik peringkat kebangsaan bagi menggalakkan orang ramai tidak menggunakan beg plastik.

Bagaimanapun, kementerian menggalakkan penggunaan semula beg plastik dan pengurangan penggunaan beg plastik dengan menggunakan beg yang boleh diguna pakai semula contohnya beg kanvas.

Pada masa sama, kerajaan sedang meneliti dan mengkaji beberapa pendekatan menangani masalah penggunaan dan pelupusan bahan berunsurkan plastik.

Antara pendekatan kementerian untuk mencapai sasaran sifar beg plastik ialah menjalankan kempen mengurangkan penggunaannya dan mengitar semula sisa plastik supaya ia tidak berakhir di tapak pelupusan sisa pepejal.

“Peraturan bagi mengasingkan sisa pepejal yang boleh dikitar semula seperti plastik daripada sisa pepejal lain akan diwujudkan supaya plastik boleh dikutip untuk kitar semula.

“Bagaimanapun, usaha itu tidak akan membuahkan hasil yang baik sekiranya orang ramai tidak menjalankan tanggungjawab untuk tidak membuang beg plastik di merata tempat dan mengurangkan penggunaan beg plastik disediakan di kedai dan pasar raya,” katanya.

Tuesday, January 19, 2010

Beg plastik, pembunuh senyap

TAHU atau tidak, bahan plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk lupus jika ditanam dan jika dibakar ia memberikan impak yang lebih besar kepada alam sekeliling termasuk manusia.

Dan ada kajian yang menunjukkan statistik rakyat Malaysia membuang plastik yang sebenarnya boleh dikitar semula bernilai kira-kira RM163 juta.

Jumlah yang banyak itu bukan hanya membazir dan sepatutnya boleh dikitar semula, namun dalam masa yang sama ia turut merosakkan alam sekitar. Dalam erti kata lain, masyarakat Malaysia masih kurang peka terhadap keadaan alam sekeliling yang semakin merosot tanpa mengambil pendekatan yang serius.

Apa pun, kini ada sedikit kesedaran di mana Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak berjaya mengumumkan Hari Tanpa Plastik dan dilihat memberi sedikit sinar kepada bumi.Malah bukan hanya dua negeri ini, kompleks membeli-belah, institusi pengajian tinggi, syarikat-syarikat produk tempatan dan banyak lagi yang mengambil inisiatif sama untuk mengurangkan atau tidak menggunakan plastik sama sekali.

Tapi kenapa plastik menjadi agenda utama dalam pemuliharaan alam sekitar.

“Bukan penggunaan plastik menjadi masalah utama tetapi cara pelupusan bahan tersebut yang memberi impak pada alam sekitar,” respons spontan Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Tan Sri Dr. Salleh Mohd Nor mengenai penggunaan beg plastik di Malaysia.

Dalam satu temu bual yang diadakan sebelum ini, Dr. Salleh mengatakan beg plastik mampu memberi ancaman paling besar jika tiada rancangan yang teliti mengenai pengurusan pembuangan bahan plastik tersebut.

Kata beliau: “Plastik memerlukan lebih daripada program kitar semula yang biasa dan teknologi yang digunakan haruslah berkesan untuk menyelesaikan isu ini.

“Jadi kenapa sehingga sekarang, kita masih belum mampu menetapkan peraturan ketat seperti dilakukan oleh beberapa negara Eropah yang mewajibkan pengguna membawa beg sendiri atau dikenali sebagai Green Bag sebagai ganti beg plastik ketika membeli-belah.”

Satu perangkaan lain pula mengatakan, secara purata di Malaysia, seorang individu menggunakan hampir lapan beg plastik seminggu dan ada di antara mereka membuang beg plastik berkenaan selepas hanya dipakai sekali.

Tidak banyak yang diketahui kenapa bahan ringan, tidak mudah pecah, dan murah ini menjadi ancaman kepada alam sekitar jika pembaca tidak meneliti jurnal dan makalah saintifik.

Yang nyata, beg plastik mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai sebatian organik Bis(2-ethylhexyl)phthalate atau lebih dikenali sebagai DEHP atau phthalates (disebut THA-lates), satu bahan yang akan membuatkan bahan plastik menjadi lembut dan mudah dilentur.

Penyelidik di Universiti Harvard pada tahun 2002 berjaya membuat penemuan baru mengenai kesan kimia phthalates yang mampu merosakkan DNA sperma manusia.

Walaupun pengeluar mengatakan dos phthalates yang digunakan mematuhi syarat standard pengeluaran, namun dalam tempoh yang panjang, pengguna sebenarnya terdedah secara berterusan kepada kimia ini yang mampu memudaratkan manusia.

Puncanya adalah daripada kita, maka kita juga mampu untuk menyelesaikannya. Apa kata, bermula hari ini, hindarkan daripada menggunakan beg plastik.